Tukar Mind Setting

Dulu Kakak Sumaiyah bukan seorang yg suka minum susu. Lebih lebih lagi susu kosong seperti ini. Jenuh dipujuk, semua tak jalan. Kalau diminum pun seteguk dua je. πŸ˜…

Secawan susu suam sebelum ke sekolah

Berbeza dgn Areel yg pantang nampak susu. Segelas penuh tu sekejap je dia minum. Sampai berebut stok susu segar ibu nak minum ESP, dia pun nak jugak. πŸ˜‚

Tapi sejak minggu lepas Kakak Sumaiyah dah mula request nak minum susu juga tiap hari. Ibu pun terkejut juga. Rupa-rupanya dia ada alasan tersendiri kenapa dia rasa nak minum susu semula.

S : “Kakak nak minum susu jugaklah ibu. Kakak bosanlah asyik kena beratur kat depan sekali je ! πŸ™„”

Ibu faham sgt perasaan tu sbb ibu dulu2 pon kena benda yg sama. 🀭🀭

I : “Haaa baguslah tu kalau kakak nak minum susu. Kalau kakak rajin minum susu, makan pon dah tak memilih milih lepas ni, kakak boleh meninggi lagi.

Bila badan cukup nutrisi, tulang cukup kalsium, barulah badan kakak cepat membesar, boleh meninggi daripada sekarang.

Kakak tak terlambat lagi. Kalau mcm ibu ni dh lambat dah. Minum susu pon takkan tinggi lagi dah. 🀣

Mcm ibu ni kena minum susu sbb taknak tulang rapuh je. Bkn sbb nak tinggi.”

Tak pasal pasal kena dengar health talk pulak dari mulut ibu. πŸ˜„πŸ˜„

Sebenarnya taknak minum susu dulu bermula dari mind setting je. Bila dah tukar “setting” kepada nak tinggi, molek je boleh minum susu tu.

Secawan sekejap je habis. Siap request nak susu suam-suam masa breakfast sebelum ke sekolah. πŸ‘πŸ»

Pentingnya mind setting dalam kehidupan harian kita

Ye mind setting tu mainkan peranan penting dlm hidup kita kan. Samalah mcm org yg kata nak buat bisnes. Mulut kata nak, tapi lupa nak adjust mind setting sendiri.

“Aku tak reti lah nak buat ni.”

“Aku ni bukan pandai pun nak mengayat org.”

“Aku ni tak pandai macam orang lain.”

“Aku ni sibuklah dgn kerja lagi, tak sempatlah nak update sana sini.”

Bila dalam minda ada macam-macam ayat begini, semua tak pandai, semua tak boleh, semua tak sempat, memang dok takuk itu ajelah.

Kena tukar.

Kalau tak pandai, kena adjust “aku kena belajar sampai pandai”.

Kalau sibuk, kena adjust “aku kena susun masa aku ni supaya aku ada masa utk bisnes jugak”.

Tukar setting dalam MINDA.

Yang tak boleh, kita tukar kita buat sampai jadi boleh. Kena fikir. Jangan biar minda jadi malas berfikir.

Eh! Sebab topik susu je udah panjang mukaddimah di pagi Ahad ni. πŸ˜… Maklumlah Anak-anak dah ke sekolah tadi. Jadi mak dah free sikit sebelum mak masuk SOHO karang.

HAPPY SUNDAY TO ALL !!!

Selamat bekerja warga Johor. Selamat beristirehat buat yang bercuti. πŸ’žπŸ’ž

Tukar Mind Setting

4 thoughts on “Tukar Mind Setting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!