7 Adab Bila Berhutang Yang Ramai Orang Tak Ambil Peduli

Adab Bila Berhutang | Secara logik akal, apabila kita dah berhutang dengan seseorang, kita mesti kena bayar balik duit yang dipinjam tadi kan.

Ke Mana Perginya Adab Bila Berhutang

Tapi zaman milenia sekarang ni ramai yang pandai berhutang, tapi tak pandai nak bayar balik. Lebih teruk lagi bila ada yang buat-buat lupa terus hutang dia pada orang lain.

adab bila berhutang

Harta Anak Yatim

Pernah tak anda terfikir….. Andai kata orang yang bagi hutang tu dah takde nanti, dan anda pula buat-buat lupa nak bayar hutang….

Duit yg anda pinjam tu dah jadi hak anak-anak orang yang bagi hutang tadi. Duit anak yatim tu. Berat tu bang! Makan harta anak yatim. Ramai yang tak terfikir sampai situ kan.

Jangan sesekali buat-buat lupa bila berhutang dengan kawan baik atau keluarga sendiri. Dua golongan inilah yang payah nak minta bayar balik dari orang yang berhutang, yang buat-buat lupa. πŸ˜’

Hutang tetap kena bayar balik.
Tak kira pinjam dari kawan, mahupun adik beradik.

Usahakan utk bayar sikit sikit kalau belum mampu bayar semuanya. Duit orang yang dipinjam tu bukan turun dari langit bang.

Duit orang penat lelah membanting tulang bekerja tu. Jangan buat-buat lupa, bayarlah semula. Tak berkat hidup nanti bang.

Sayangnya bila bab hutang ramai yang jadi amnesia. Tiba-tiba hilang ingatan tak ingat diri pernah pinjam duit orang lain. πŸ˜…

Jom kita baca adab bila berhutang yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh. Semoga jadi panduan dan peringatan buat semua yang berhutang.


TUJUH ADAB BILA BERHUTANG

Hidup kita, ada turun naiknya. Masa sempit dan terdesak, terkadang kita perlu meminjam dengan kawan. Suka aku ingatkan, bila berhutang tolong jaga adab-adab berhutang agar hubungan berkekalan.

1) Tepati janji.

Bila berjanji nak bayar sekian-sekian hari, maka tepatilah. Aku pernah berhutang bila terdesak. Bila aku janji nak bayar hari gaji, aku langsaikan semua sekali walau aku tahu baki itu tidak mencukupi.

Bayar dulu, dan hutanglah lagi. Sangat perlu kecilkan nilai hutang seterusnya. Contoh kau hutang seribu, bayar dulu seribu walau baki tinggal rm100 sahaja.

Nak teruskan hidup, pinjam jangan lebih dari nilai asal. Contohnya cukup sekadar 5-6 ratus. Gaji seterusnya, bayar semua sekali terus sekali lagi. Masa ni kalau tak cukup pun sekadar seratus dua sahaja.

Masuk bulan ketiga, dah mampu bayar semua tanpa perlu hutang semula. Senang kan?

Kawan pun rasa tenang bagi kau hutang bila kau jenis yang tepati janji.

2) Maklumkan segera bila tak mampu tepati janji.

Adakalanya, bila kita buat janji sekian-sekian hari, kita tak mampu nak tunaikan atas pelbagai sebab yang tak dapat dielak.

Sebaik kita pasti tak dapat tunaikan pada hari yang dijanjikan, maklumkan awal-awal. Jangan sampai kawan kita tertunggu-tunggu. Jangan diam sahaja atau tunggu kawan yang minta.

Cakap elok-elok, minta maaf banyak-banyak. Minta satu tarikh baru yang boleh kau tepati janji. Jangan amalkan selalu bertangguh seperti ini.

Sesekali boleh, tapi pastikan maklum awal. Jangan tangguh berkali-kali dan heret masa lama sangat dari tarikh asal.

Ini penting untuk pastikan kepercayaan orang pada kita kekal selamanya.

3) Jangan blok pemberi hutang. Jangan tak angkat call. Jangan tak balas wasap.

Ini pun pantang besar juga. Bila tak mampu bayar, dia blok pemberi hutang. Malah jika kawan tu call, dia cancel dan tak angkat.

Wasap pula tinggal blue tick sahaja. Marahlah orang. Memang mengundang makian kalau buat gini.

Jawab panggilan, reply wasap elok-elok. Lebih elok pergi berhadapan dan jelaskan situasi sebenar. Minta maaf pula. Baru pemberi hutang tidak terasa hati.

4) Ungkap maaf, terima kasih.

Ini sangat penting. Bila orang beri hutang, ucap terima kasih. Satu ucapan ringkas yang mampu memberi senyuman pada kawan.

Bila tak mampu bayar, atau tangguhkan tempoh bayaran, minta maaf elok-elok. Bukan ego dan berlagak pula.

Sebaik hutang diselesaikan, ucap juga terima kasih atas pertolongan kawan itu. Adab ini kena jaga. Ingat ya!

5) Jangan sindir-sindir pemberi hutang.

Ada segelintir pemiutang ini jenis suka menyindir. Masa dia nak berhutang bukan main lagi lembut lidah. Dah dapat hutang, nak bayar pun liat. Bila kawan tu minta, disindir pula kita depan muka atau di alam maya.

“Alah. Setakat hutang RM50 pun kecoh. Tu pun nak bising-bising. Apa guna kawan entah!”

Amboi kau. Sedapnya mulut. Dia bagi pinjam sebab anggap kau kawan. Dia minta sebab kau tu tak pandai tunai janji. Itu hak dia, dia layak minta.

Jenis ni sangat teruk. Orang dah berbudi, dia balas dengan tahi.

6) Jangan bermewahan selagi hutang tak settle.

Hal ini paling ramai pemberi hutang marah. Dah la hutang mereka dia diamkan sahaja, dia pula bermewah-mewah.

Selalu tengok wayang, makan restoran mahal, beli pula pakaian berjenama dan melancong sini sana.

Amboi, hutang orang banyak alasan. Kau punya berbelanja macam setan.

Mengalahkan First Lady Type R pula kau ni. Elok lipat tujuh sumbat dalam guni.

7) Jangan mengungkit.

Jangan sesekali mengungkit untuk melepaskan diri dari hutang. Kau hutang, kau bayar. Itu sifirnya. Itu tanggungjawab kau yang kau dah setuju dulu.

Ada yang suka mengungkit kebaikan mereka suatu ketika dulu.

“Dulu masa sama-sama susah, aku selalu belanja dia tu makan. Beli barang dapur, bayar sewa rumah. Sekarang aku susah, pinjam RM500 je pun kecoh minta dah.”

Aduh bang. Budi kau dulu tu kau yang taburkan. Sekarang ini soalnya tentang hutang. Jangan berhutang kemudian mengungkit kisah lama.

Kalau begitu baik jangan minta pinjam. Minta terus. Ungkit sewaktu meminta. Senang. Bila dia beri, itu dah tak kira hutang tau. Dia pun takkan tuntut balik.

“Kau ingat tak Bibol? Masa kita susah dulu berus gigi aku pun aku kongsi lagi. La ni aku susah, kau senang. Bak seribu bagi aku boleh? Bukan nak pinjam, aku nak minta terus.”

Kan senang terus terang gitu. Dia beri, rezeki kau. Dia tak beri, kau cari kawan lain. Itu kawan yang tak kenang budi. Simple je sebenarnya.

Itu tujuh adab berhutang yang aku susun untuk kau baca dan hadam.

Jangan Mungkiri Janji

Ingatlah, bila kita berjanji orang akan berharap. Kau janji nak bayar 25hb, maka 24hb kawan tu tak risau nak berbelanja sebab yakin 25hb duit dia akan dapat pula.

Sekali kau mungkiri janji, hidup dia pula terkapai-kapai. Dia pula terpaksa meminjam sebab kau tak bayar hutang dia.

Maka hidup kau sentiasa dalam caci maki orang. Mana nak berkat hidup kita kalau asyik kena maki saja.

Kena juga ingat, kawan tu beri kau hutang kerana anggap kau kawan. Jangan khianati sebuah persahabatan yang dia taruh kepercayaan. Sekali khianat, selamanya orang akan ingat.

Sama juga dengan orang yang beri hutang kepada adik beradik. Bayarlah selepas pinjam.

Duit adik beradik kita bukan duit kita. Ingat tu !

adab bila berhutang

Semoga di bulan yang mulia ni Allah permudahkan urusan orang yang berhutang dengan kita, dapat bayar balik hutang kita secepat mungkin. Aaminn. 😍

7 Adab Bila Berhutang Yang Ramai Orang Tak Ambil Peduli
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!