Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Resepi Sos Carbonara Cili Padi Sedap

Resepi Sos Carbonara Cili Padi Sedap

KakTie sebenarnya ‘tak masuk’ sangat dengan apa-apa makanan yang ada sos carbonara. Cepat rasa muak ! Sebab creamy dan tak pedas kan. 🤭

Minggu lepas masa bertandang rumah sahabat KakTie kat Kulai, kami dijamu macaroni dengan sos carbonara ada rasa pedas cili padi.

Sesuai sangat dengan tekak orang Melayu macam KakTie yang suka makanan pedas-pedas. KakTie bagi 10 ⭐ !!! Hehehe… Terus minta resepi untuk cuba masak sendiri nanti.

TQ Juli  !! 😍

Dan inilah hasilnya…… Menu dinner kami sekeluarga malam ini.

Small Shells dengan sos carbonara cili padi. 😍

Resepi Sos Carbonara Cili Padi Sedap

Bahan-bahan :

2 ulas bawang putih

1 labu bawang merah bersaiz besar

2 biji cili padi merah

Capsicum kuning (KakTie guna warna kuning untuk bezakan warna dengan cili padi)

Capsicum kuning untuk bezakan warna dengan cili padi merah

Cendawan butang

Broccoli hijau (KakTie terlupa beli. Jadi ganti dengan sayur kobis yang ada kat rumah)

Broccoli 👍🏻

Udang segar ikut suka hati nak berapa ekor

Kiub ayam

2 botol sos Prego Carbonara Mushroom

Sos Prego carbonara mushroom

1/2 tin susu cair

Sedikit air, garam dan gula

Small shells San Remo (boleh juga guna spageti/fettuccine/macaroni pilihan anda) 

Smal shells jenama San Remo

Cara Memasak :

1. Potong dadu bawang merah, bawang putih, capsicum kuning dan cili padi.

2. Potong cendawan butang nipis-nipis seperti dalam gambar di bawah. Boleh juga beli cendawan butang yang sudah siap dipotong nipis di pasaraya seperti Mydin, Giants dan lain-lain.

Cendawan butang yang dipotong nipis

3. Potong broccoli saiz kecil. (KakTie terlupa beli broccoli. Jadi KakTie ganti dengan kobis. Potong saiz kecik macam kita nak goreng sayur kobis tu)

4. Buang kulit udang dan potong udang kecik-kecik sikit. (Seekor udang potong 3 bahagian)

5. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.

6. Kemudian masukkan capsicum, broccoli dan cendawan butang. Masak hingga sedikit layu.

7. Masukkan kiub ayam. Gaulkan rata.

8. Masukkan sos Prego carbonara mushroom. Gaulkan.

9. Masukkan udang yang telah dipotong tadi. Gaulkan rata.

10. Masukkan sedikit susu cair. Gaul lagi hingga masak sekata. Tambah sedikit air jika sos agak pekat.

11. Tambah sedikit garam dan secubit gula.

12. Tunggu hingga mendidih. Tutup api selepas sos mendidih dengan sekata.

13. Sedia untuk dihidang. Tuangkan sos carbonara cili padi ke atas spageti/fettuccine/macaroni/shells kegemaran anda yang siap direbus. ❤️

Siap sedia untuk masuk perut. 🤭😂

Sesuai untuk anda yang muak makan sos carbonara tapi tak pedas. Boleh cuba tambah cili padi untuk naikkan selera tekak orang Malaysia. ❤️

Selamat mencuba resepi sos carbonara pedas ini !!

Small Shells dengan sos carbonara cili padi. 😍

#Nota :
Jangan lupa kongsi di bahagian komen jika anda dah mencuba resepi sos carbonara cili padi ini. 💋

Resepi Sos Carbonara Cili Padi Sedap

2 thoughts on “Resepi Sos Carbonara Cili Padi Sedap

    • September 27, 2018 at 10:14 pm
      Permalink

      Sedap di tekak sendiri Kak. 🤭 Selama ni x makan sgt carbonara sbb cepat muak. X pedas kan. Bila try makan yg mmber masak ada cili padi, masuk pulak rasa dia. Tu yg try buat jugak. 👍🏻😍

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berminat? Jom WhatsApp KakTy!