Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Resepi Nasi Minyak Ayam Kurma Sedap

Bagi anda yang suka masakan kurma ayam atau daging yang tak guna santan tetapi hanya guna susu cair aje, bolehlah cuba resepi Puan Mazliza Ahmad di bawah ni. 

Resepi Nasi Minyak Ayam Kurma

Kita mulakan dengan bahan-bahan untuk masak ayam kurma terlebih dahulu.

Ayam Kurma Tanpa Santan

Ayam Kurma Tanpa Santan

Bahan-bahan diperlukan :
1 ekor ayam / 1 kg daging (potong ikut suka)
3 sudu besar rempah kurma
4 biji kentang (belah ikut suka)
7@8 biji cili padi
8@10 biji tomato ceri
5 genggam bawang goreng
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan gula merah
5 sudu susu cair (utk perap)
1 cawan susu cair (utk bubuh kemudian)
2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia (dikisar) 

Nota: Perap ayam/daging bersama rempah, bawang goreng, kerisik, gula merah, bahan yang telah dikisar dan susu cair. Perap selama 15 min. 

Bahan tumis:
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 biji bawang besar (dihiris nipis) 
3 ulas bawang putih (dihiris nipis) 

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis. Tunggu sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam/daging yang telah diperap tadi. Masukkan air hingga ayam/daging tenggelam. Masukkan kentang.
  3. Masukkan garam dan kacau. Tunggu hingga ayam/daging empuk. 
  4. Jika ayam/daging belum empuk, boleh tambahkan air sedikit lagi.
  5. Setelah kuah jadi pekat dan ayam/daging serta kentang dah empuk, tuangkan lagi 1 cawan susu cair. 
  6. Akhir sekali masukkan cili padi dan tomato ceri.
  7. Siap untuk dihidang. 👍🏻 

Nasi minyak kuning

Nasi Minyak

.
Bahan-bahan diperlukan :
3 pot beras basmathi (basuh dan toskan)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 rempah sup bunjut
1 genggam kismis
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Garam secukup rasa

Cara memasak :

  1. Kisar semua bahan bertanda *. 
  2. Panaskan rice cooker. Masukkan minyak sapi dan butter. 
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. 
  4. Tumis bahan yang telah dikisar tadi.
  5. Masukkan kismis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. 
  6. Masukkan susu cair dan rempah sup bunjut. 
  7. Masukkan air dan beras. 
  8. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.

Acar timun dan nenas

Acar Timun dan Nenas

Bahan-bahan diperlukan :
1 biji timun (buang kulit, cakar dgn garfu. Kemudian belah 2 dan hiris nipis)
Suku biji nenas (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (belah 4 dan hiris nipis) 
Cili merah dan cili hijau (dihiris halus) 
5 sudu makan gula
Sedikit garam
3 sudu makan cuka

Cara menyediakan :

Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata. Seimbangkan rasa masam dan manisnya. Siap untuk dihidang!

Kredit resepi : FB Mazliza Ahmad

Selamat mencuba resepi Nasi Minyak Ayam Kurma sedap !! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.