Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Resepi Macaroni Kungfu Sedap, Sihat & Semudah 1,2,3

Resepi Macaroni Kungfu versi Eatalian Express

Kelebihan Pasta Sayur Eatalian Express

Inilah rupa macaroni pasta sayur yang berwarna-warni. Nampak sungguh menyelerakan bukan ?

Resepi Macaroni Kungfu Sedap

Jika anda belum tahu, semua pasta keluaran syarikat pasta Bumiputera iaitu Eatalian Express, diperbuat daripada adunan tepung semolina dan puree 10 jenis sayur fresh tau.

10 warna dalam setiap hidangan pasta sayur mewakili 10 jenis sayur tersebut.

resepi macaroni kungfu

  1. Beetroot
  2. Lobak ungu
  3. Kubis ungu
  4. Sweet potato
  5. Broccoli
  6. Green spinach
  7. Carrot
  8. Pumpkin
  9. Tomato
  10. Cauliflower

Lihatlah ni !

Cantik sangat pasta Macaroni yang dah siap direbus ni kan? Anak-anak suka, mak anak pun suka. Sesuai sangat dimasak untuk anak-anak yang tak makan sayur. Orang dewasa yang tak makan sayur pun boleh sangat cuba makan pasta sayur ni.

Adunan istimewa membuatkan kita tak rasa macam tengah makan sayur. Bukan sejenis sayur, malah 10 jenis sayur sekaligus dalam sepinggan pasta kita makan tu. Hebat kan ?

Keunikan Pasta Sayur Eatalian Express

Keunikan pasta Sayur Eatalian Express ni bukan sahaja terletak pada warna warni yang menarik pada setiap pasta. Setiap pasta sayur mereka tidak perlukan masa yang lama untuk dimasak.

Hanya rebus selama 3-5 minit sahaja di dalam air yang telah mendidih. Sekejap saja dah lembut pasta sayur ni. Sangat menjimatkan masa terutamanya untuk mak-mak yang bekerja. 

Resepi Macaroni Kungfu Sedap, Sihat dan Lazat

resepi macaroni kungfu

Bahan-bahan:
100g Mixed Vege Pasta (Macaroni) #EatalianExpress
2 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu sos tiram
Fish cake/ fish ball
Udang/ ayam
Sayur-sayuran (jika mahu extra sayur)
Cili (jika mahu pedas)
Minyak
Air
Tepung jagung
Lada sulah
Garam

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang (dihiris)

Cara-cara:
1. Rebus pasta macaroni selama 5 minit. Pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan pasta. Kemudian, toskan pasta.
2. Bancuh telur bersama lada sulah dan garam.
3. Campurkan telur bersama pasta. Tinggalkan sedikit telur (untuk dimasukkan ke dalam kuah).
4. Goreng pasta tadi. Apabila telur sudah garing, angkat dan ketepikan.
5. Tumis bawang putih sehingga keperangan.
6. Masukkan fish cake.
7. Apabila fish cake sudah garing, masukkan sos tiram. Kacau sebati.
8. Masukkan air.
9. Masukkan sayur-sayuran.
10. Apabila sudah mendidih, masukkan udang pula.
11. Masukkan lada sulah dan garam.
12. Masukkan baki telur tadi dan kacau segera.
13. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau seketika.
14. Tuangkan kuah di atas pasta. Taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang :yum:

* Sayur hanyalah optional. Tidak letak pun tidak mengapa memandangkan macaroni dah lengkap dengan sayur-sayuran.
* Udang tidak perlu dimasukkan awal kerana ia tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Selamat mencuba !!!

*Credit : Original recipe By @thepastaholicsshack


Tempahan Pasta Sayur Macaroni Eatalian Express

Resepi macaroni kungfu

Kami adalah Authorised Agent Eatalian Express. Hubungi kami untuk tempahan pasta sayur pilihan anda. Pasta sayur ada 4 shape dengan 10 warna menarik original warna dari 10 jenis sayur.

4 shape pilihan :
1) Macaroni
2) Shell
3) Fusilli (spiral)
4) Star

Setiap Set On The Go Pasta ada:

4 pack 100g mixed pasta sayur (semua shape ada)
1 pack 100g pasta kurma (shell shape sahaja)
1 limited edition melamine bowl
FREE limited edition travel bag
FREE 2 ebook resepi pasta

Order Pasta Sayur Di Sini !

Resepi Macaroni Kungfu Sedap, Sihat & Semudah 1,2,3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!