Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Resepi Daging Goreng Thai Paling Mudah Dimasak

Hai semua, hari ni KakTy nak share resepi daging goreng Thai yang simple je cara nak buat. Boleh la try masak untuk menu bersahur ke berbuka hari ni kan.

Resepi ni KakTy ambil dari post facebook yang lalu kat newsfeed tadi. KakTy simpan sini untuk rujukan sendiri juga.

Resepi Daging Goreng Thai Paling Mudah Dimasak

Bahan-bahan :
– 800g daging dihiris nipis
– 5 sudu biji ketumbar (dikisar/ditumbuk)
– 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
– 1 sudu besar lada hitam (dikisar/ditumbuk)
– 2 sudu besar sos tiram
– garam 
– butter/majerin untuk menumis

Bahan-bahan untuk sos :
– serbuk cili thai
– gula kabung atau somtam, jika tiada pakai 2 sudu gula putih
– 2 sudu beras digoreng/disangai (dikisar halus)
– 2 sudu air limau nipis
– 3 sudu air asam jawa
– kicap sotong/sos ikan
– 3 ulas bawang kecik merah (dihiris nipis)
– daun ketumbar 
– daun bawang

Cara penyediaan :
1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perap paling kurang 30 minit atau nak lebih sedap perap hingga 2 jam.
2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih.
3. Masukkan daging yang telah diperap. Kacau sebati.
4. Jika daging belum cukup empuk, tambah air dan kacau sebati.
5. Ulang sehingga daging betul-betul empuk.
6. Kecikkan api dan masukkan bahan sos ke dalam daging. Kemudian kacau rata.
7. Siap! Sedia untuk dihidang.

Kredit resepi : Ilham Resepi

Selamat mencuba !

Resepi Daging Goreng Thai Paling Mudah Dimasak
Tagged on:     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berminat? Jom WhatsApp KakTy!