Lagu Berhantu “Satukan Rasa” Khai Bahar & Siti Nordiana (Video)

Hari ni kita share santai santai je pulak ye. Selalu cerita pasal produk je kan. Kali ni nak share lagu dua artis favourite KakTy – Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Juara Gegar Vaganza 2015

KakTy follow Nana dari zaman Nana dengan Arwah Achik Spin dulu lagi. Memang follow semua lagu-lagu duet diorang berdua dulu-dulu tu. Sampailah Nana masuk Gegar Vaganza, nampak suara dia makin lama makin bestttt gila !!! Power !

Siti Nordiana – Putus Terpaksa

Madah Berhelah Versi Lelaki

Khai pula KakTy start follow sejak viral video lagu Madah Berhelah (Ziana Zain) versi lelaki dulu tu. Padu gila suara dia menyanyi sambil duduk je lagu Ziana Zain yang tinggi tu. Fuhhhh !

Korang pun mesti pernah tengok video tu rasanya. Ni zaman Khai belum jadi artis lagi.

Madah berhelah – Ziana Zain (Versi Lelaki)

Khai Bahar & Siti Nordiana Duet Di Smule

Masa fenomena Smule dulu, selalu tengok Khai duet dengan Nana. Antaranya lagu berhantu Nana dengan Arwah Achik Spin dulu, tak lain tak bukan “Memori Berkasih” yang sampai sekarang masih tak jemu dengar kan.

Memori Berkasih – Khai Bahar & Siti Nordiana

“Satukan Rasa” Single Duet Pertama Khai Bahar & Siti Nordiana

Satukan Rasa Khai Bahar & Siti Nordiana

Jom kita layan klip video lagu Satukan Rasa. Sekali dengar, terngiang-ngiang di telinga. Gabungan suara yang mantop. Keep it up Khai & Nana !!!

Lirik Satukan Rasa – Khai Bahar & Siti Nordiana

Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya
Tuk menghalang rindu

Aku pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki

Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta
Insan mulia sepertimu

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Diriku diselubung rindu

Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini

Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Sungguh aku rindu

Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin

Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Satukanlah
Satukan rasa…..

Satukan Rasa (Official Music Video) – Khai Bahar & Siti Nordiana

#Disclaimer: Paparan lirik lagu Satukan Rasa – Khai Bahar & Siti Nordiana di alam website ini adalah untuk tatapan umum dan setiap lirik lagu adalah hak milik sepenuhnya empunya pencipta lirik / syarikat rakaman.

Lagu Berhantu “Satukan Rasa” Khai Bahar & Siti Nordiana (Video)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!