Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa Ambil Risiko Beli Produk Shaklee Harga Murah Di Website Shopping Popular

Sebenarnya ini bukanlah pertama kali KakTie dapat mesej dari customer yang dah janji nak bayar tiba-tiba cancel order semata-mata nak beli di laman web Sh***ee.

Kat sana lebih murah katanya !

Kenapa Risikokan Kesihatan Sendiri Beli Barang Murah Gila 

Untuk pengetahuan anda, Shaklee tidak benarkan semua pengedar berdaftar mereka menjual di laman web e-Commerce seperti Lazada, Shoppee dan lain-lain.

Ianya sudah termaktub di dalam akta P&R Shaklee. Menjual di laman web tersebut dikira telah melanggar undang-undang Shaklee.

Buat masa ini Shaklee telah berjaya mengambil tindakan ke atas mereka yang menjual di sana. Warning dan seterusnya ditamatkan keahlian Shaklee sekiranya mereka enggan berhenti.

Namun disebabkan permintaan terhadap produk Shaklee yang sangat tinggi, seller tak beretika begini tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Terminate sorang, keluar seller baru pula. 🙄 InsyaAllah Shaklee dalam proses bekerjasama dengan kementerian untuk tangani masalah seller tak beretika begini.

Apa Yang Kita Sebagai Pengguna Boleh Buat ? 

TEPUK DADA TANYA DIRI SENDIRI.

Nak beli barang harga murah murah. Risiko dapat :-

  • barang fake (tiruan) sebab kita tak tahu dari mana mereka beli barang tersebut
  • barang dah expired

Lepas dah beli, nak makan macamana, betul ke cara makan, semua tu awak nak tanya siapa?

Tanya encik google, cari nombor pengedar Shaklee, buat buat nak beli dan tanya cara makan. Nak tau betul ke tak awak makan selama ni kan.

Takyah lah susah kan diri dik. Kalau awak memang nak makan, beli dari pengedar sah. InsyaAllah barang tulen. Kalau rosak masa delivery pon, insyaAllah dapat ganti baru. Ada jaminan dari Shaklee. 👍🏻

Kalau nak lagi mudah, join je ahli terus.

  • Bukan saja dapat harga murah
  • Bukan saja boleh dapat cash rebate
  • Tapi awak boleh terus contact Nutritionist Shaklee tanya cara makan ke, atau apa-apa kemusykilan tentang produk.

Nutritionist Shaklee bukan orang biasa yang acah-acah terer. Tapi mereka semua pakar nutrisi terlatih yang ada kelayakan dlm bidang nutrition.

Mereka jugalah yang buat kelas tentang produk kepada semua pengedar sah Shaklee kat Malaysia. Kelas online ada, kelas di branch-branch pon ada.

Selamatkah Produk Shaklee Yang Dijual Murah Di Laman Web e-Commerce ? 

Tiada jaminan. 

Kerana itulah Shaklee sarankan anda beli melalui pengedar Shaklee yang sah, yang berdaftar sahaja supaya dapat produk yang tulen, yang dijual di syarikat Shaklee sahaja.

Malah anda akan dapat consultation yang sepatutnya tentang produk yang anda beli.

Kenapa perlu risiko kan kesihatan dan keselamatan diri sendiri beli harga murah sangat-sangat.

Malah jauhhh lebih murah dari harga ahli Shaklee tau.

Awak tak rasa pelik ke ? Kenapa murah sangat ? 🤔🤔

Mulai hari ini apa kata kita ubah mentaliti nak murah murah. Utamakan keselamatan dulu. Pilih produk yang diyakini selamat dan sihat. 👍🏻☝🏻

KakTie sendiri seorang pengguna Shaklee & pengedar Shaklee sejak tahun 2010. KakTie sekeluarga makan dan amalkan produk Shaklee.

Ini bakul sebahagian vitamin Shaklee kami sekeluarga.

Air bekal sekolah anak-anak, Shaklee Performance Drink untuk pastikan badan mereka sentiasa bertenaga di sekolah

KakTie jual apa yang KakTie dan keluarga sendiri makan. ❤️

JOM JADILAH PENGGUNA YANG BIJAKSANA. 

4 Comments
  1. eima 8 months ago
    • KakTie 8 months ago
  2. Rahasimah 8 months ago
    • KakTie 8 months ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.