Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat datang kepada rakan-rakan yang sudi singgah blog KakTy. 😉

Sebenarnya ini blog Shaklee kedua KakTy selain blog www.rahsiavitamin.com (RV). Atas sebab masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, blog RahsiaVitamin terpaksa dilepaskan dengan hati yang redha. Blog pertama sejak KakTy sah menjadi ahli Shaklee pada tahun 2010. Aktif berkongsi kebaikan produk dan peluang biz Shaklee di blog tersebut.

InsyaAllah pasti ada hikmah tersembunyi kan. ^_^

KakTy akan kembali aktif di blog ini selepas ini. Jangan lupa follow ya !

Serba sedikit pengenalan diri KakTy buat kawan-kawan yang baru pertama kali singgah blog baru KakTy yang masih belum cukup perabot ni. Hihii.

Siapa KakTy ?

KakTy pernah bekerja selepas tamatkan pengajian Ijazah Teknologi Maklumat di Unversity Okayama, Jepun pada tahun 2003. KakTy mulakan kerjaya sebagai seorang Jurutera di sebuah kilang Jepun di Bandar Jengka, Pahang. KakTy berasal dari Bera, Pahang. Sebab itulah KakTy pilih untuk bekerja di negeri Pahang. Konon-konon dekat nak balik kampung.

Selepas 3 tahun berkhidmat, alhamdulillah jodoh sampai. Tetapi suami KakTy bekerja di Pasir Gudang, Johor. Jadi KakTy ambil keputusan untuk resign dan ikut suami berpindah ke Johor pada bulan Julai 2006.

Selepas berpindah ke Pasir Gudang, Johor KakTy sempat bekerja selama 3 bulan je sebelum ikut suami berpindah ke Kulai. 11 tahun menetap di Kulai, 2 tahun di Ulu Tiram, Johor Bahru.

Setia menjadi surirumah sepenuh masa hingga KakTy memilih untuk jalankan bisnes Shaklee sepenuh masa menggunakan medium ONLINE pada tahun 2010. Waktu tu KakTy mencari suplemen untuk penyusuan anak kedua KakTy (sekarang dah darjah 3 hero ensem KakTie tu).

Master Coordinator Shaklee

Alhamdulillah selepas bertungkus lumus KakTy berjaya meraih pangkat tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator Shaklee pada bulan Januari 2014.

Makin tinggi pangkat, maka makin beratlah tugas dan tanggungjawab yang KakTy kena pikul untuk bantu seluruh ahli Shaklee yang berdaftar di bawah group KakTy. KakTy akan berikan sepenuh usaha untuk bantu mereka meraih pendapatan bulanan 3, 4 dan 5 angka bersama Shaklee.

Perjalanan KakTy masih jauh ! Hasrat besar KakTy nak lihat semua anak didik KakTy dalam team Awesome Empire Shaklee berjaya capai cita-cita dalam hidup mereka. InsyaAllah amin.

  1. Bebas kewangan
  2. Bebas masa
  3. Pencen muda
  4. Jutawan dermawan

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Yang KakTy Dah Dapat

Selain dari harga ahli yang jauh lebih murah, KakTy dah dapat rasa semua 3C yang Shaklee tawarkan kepada semua ahli Shaklee.

1C – Cash Bonus (Tunai)

Alhamdulillah sejak mula KakTy join ahli August 2010 sehingga ke hari ini KakTy dapat merasa cash bonus setiap bulan dari Shaklee hasil dari jualan produk yang KakTy dan team kumpul setiap bulan.

Apa yang bestnya, bonus Shaklee akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank kita pada setiap 14hb. “Gaji” di tengah bulan. Best kan ? Kalau yang buat part time, tengah bulan dapat gaji Shaklee, hujung bulan gaji kerja hakiki pula. Wah wahhhh seronokkk kan ? Gaji 2x sebulan.

2C – Car Bonus (tunai)

Selepas anda berjaya melepasi syarat jualan tertentu selama 3 @ 4 bulan berturut-turut, anda akan diiktiraf sebagai Car Bonus Achiever. Di mana anda akan menerima cash bonus TAMBAHAN setiap bulan sebagai bonus kereta.

Shaklee TIDAK beri kereta fizikal tetapi Shaklee beri dalam bantuk TUNAI. Jadi anda bebas nak gunakan wang tersebut untuk beli kereta, rumah atau saving sahaja. Alhamdulillah bonus kereta KakTy setiap bulan mencapai 4 angka sejak bulan Julai 2012 sehingga ke hari ini.

3C – Convention @ FREE TRIP tajaan Shaklee

Perbezaan percutian percuma Shaklee berbanding syarikat lain adalah Shaklee benarkan anda bawa seluruh ahli keluarga anda. Anda hanya perlu bekerja keras untuk kumpul tiket percuma untuk ahli keluarga yang anda ingin bawa bersama. Bukan hanya pasangan anda malah termasuk :

  • suami
  • isteri
  • anak-anak (4 tahun ke atas)
  • ibu
  • ayah
  • mertua
  • adik beradik (untuk ahli yang bujang sahaja)

Hadiah Pakej Percutian Umrah Istanbul Percuma Buat Mak Abah

KakTy belanja gambar ajelah ye. Nanti KakTy buat entry special tentang percutian istimewa untuk Mak Abah yang KakTy sayang. Tunggu ok.

Keluar Dari Zon Selesa Demi Masa Depan Keluarga

Jika anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya surirumah sepenuh masa, student yang ingin mencari pekerjaan yang menjamin masa depan selepas tamat belajar, KakTie boleh tunjukkan jalan. Selebihnya anda USAHAKAN dengan bersungguh-sungguh.

Kita BUAT SAMPAI JADI !!!! InsyaAllah.

KakTy
Shaklee Biz Leader
WhatsApp 019-7200429 / klik saja link di bawah ini.
http://tynapi.wasap.my

Berminat? Jom WhatsApp KakTy!