Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Yang Anda Belum Tau

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee | Anda dah lama makan dan guna produk Shaklee, tapi masih belum jadi ahli ? Anda wajib baca post ni. Panjang sikit tau. Tapi anda kena ambil tahu juga. 🀭

Kali ni KakTie nak kongsikan tentang 10 kelebihan yang anda akan dapat selepas sah mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Di Malaysia

Kenapa kena jadi ahli Shaklee ?

[1] Dapat Beli Harga Ahli Dan Harga Promosi Murah

Kebiasaannya pelanggan yang selalu repeat order, bermakna pelanggan yang konsisten ambil dan guna produk Shaklee, KakTie akan rekomen daftar ahli supaya dapat nikmati harga ahli / harga promosi yang jauh lebih murah dari harga runcit.

Kelebihannya bila anda sendiri sudah ada ID Shaklee sendiri, anda tidak perlu lagi survey harga sana sini untuk cari siapa yang jual harga paling murah. 😁

[2] Cash Rebate Hasil Kumpul Point Pembelian Setiap Bulan

Sama macam konsep jadi ahli Aeon ke Tesco ke, bila dah jadi ahli kita beli barang akan dapat kumpul point kan ?

Cuma dalam Shaklee kiraan point terkumpul dibuat setiap bulan. Pembelian mulai 1hb hingga 30hb/31hb akan dikumpulkan.

Sekiranya lebih dari 150 point sebulan, Shaklee akan beri ganjaran dalam bentuk TUNAI mengikut jumlah point yang anda berjaya kumpul pada bulan tersebut.

Ia dipanggil bonus tunai.

Anggaran kiraan ganjaran tunai sebulan mengikut point pembelian.

Banyak point terkumpul, makin banyaklah ganjaran tunai yang anda akan dapat.

[3] ‘Gaji’ Shaklee Di Tengah Bulan

Haa yang menariknya ganjaran tunai Shaklee akan dibayar pada setiap 14hb bulan berikutnya, terus masuk akaun bank tau. 😍

‘Gaji’ di tengah bulan. Jika anda bekerja dan buat biznes Shaklee secara part time, maka sebulan anda akan dapat 2 kali gaji.

Gaji Shaklee di tengah bulan, gaji kerja hakiki di hujung bulan. Dapatlah cover poket kering tengah bulan kan ? πŸ˜‰

Bagi surirumah pula, dengan gaji Shaklee di tengah bulan dapatlah anda bantu suami ringankan perbelanjaan keluarga di tengah bulan. Betul tak ?πŸ‘πŸ»

Nak dapat gaji Shaklee, kenalah rajin menjual. Kumpul point pembelian banyak-banyak setiap bulan.

[4] Ada Payslip Gaji Setiap Bulan

Gaji Shaklee setiap bulan ada payslip tau. Payslip Shaklee ‘laku‘ di mata bank.

Ini berita baik untuk anda seorang surirumah kan 😍.

Sekiranya anda sudah punya income bulanan yang stabil dengan biznes Shaklee, mudahlah untuk anda mohon loan nak beli rumah baru ke nak beli kereta baru ke..

Sekarang surirumah pon mampu beli rumah atau kereta guna payslip Shaklee sendiri.

[5] Insentif Bonus Tambahan Mengikut Pangkat

Insentif ini diberikan kepada Leader Shaklee yang aktif sahaja.

Leader Shaklee tu apa ?Β 

Selepas mendaftar jadi ahli, anda dipanggil sebagai distributor biasa. Setelah anda berjaya buat jualan minima RM10, 000 dalam masa sebulan, anda akan dilantik sebagai Leader Shaklee.

Dapat naik pangkat jadi Supervisor Shaklee.

Selepas jadi Supervisor dan pangkat ke atas sampai Master sekalipun, anda tetap kena buat jualan setiap bulan untuk terima bonus tunai, bonus kereta dan insentif sebagai Leader Shaklee.

Kalau anda tak aktif, tak menjual, tak dapat kumpul point seperti yang Shaklee tetapkan, maka anda tak dapatlah merasa bonus.

Dalam bisnes Shaklee semua lapisan kena usaha sama-sama buat jualan setiap bulan.

Tiada istilah goyang kaki tau. Goyang kaki takde bonus lah ! πŸ˜‚

Anggaran pendapatan setahun mengikut pangkat anda efektif dalam Shaklee

[6] Bonus Tambahan – Bonus Kereta

Selain daripada bonus tunai, insentif tambahan mengikut pangkat (rujuk [5]), anda juga berpeluang untuk dapat bonus tunai tambahan iaitu bonus kereta.

Ye bonus kereta ShakleeΒ diberikan kepada Leader Shaklee sahaja dalam bentukΒ tunai setiap bulan bergantung kepada prestasi jualan kumpulan anda.

Bermula dari 3 angka sebulan, naik hingga 4 angka, 5 angka sebulan. Bonus tambahan kepada bonus tunai yang anda dapat daripada point jualan seperti yang dinyatakan di no [2] dan insentif mengikut pangkat di no [5].

Car Bonus Achiever tahun 2012

Shaklee ada tetapkan syarat tertentu untuk melayakkan anda menjadi seorang Car Bonus Achiever.

Mereka yang berjaya melengkapkan syarat tersebut akan diiktiraf di atas pentas Shaklee National Convention. Inilah kunci kereta Shaklee sebagai tanda anda layak dapat bonus kereta Shaklee setiap bulan.

Shaklee tidak beri sebiji kereta kepada anda, tetapi Shaklee beri CASH. Terpulang kepada anda nak buat apa dengan duit cash tersebut.

Nak bayar installment kereta sedia ada ke, nak beli kereta baru ke, nak beli rumah ke, itu semua hak anda.

Alhamdulillah, KakTie terima bonus kereta setiap bulan dari Julai 2012 hingga ke hari ini. ❀️

[7] Insentif Percutian Percuma Bersama Keluarga

Insentif percutian percuma ini juga hanya untuk Leader Shaklee yang berjaya lepas syarat sahaja.

Shaklee menawarkan percutian percuma setiap tahun ke destinasi dalam negara dan luar negara termasuklah pakej umrah buat ahli yang beragama Islam.

Semua kos ditanggung oleh pihak Shaklee Malaysia termasuklah tiket flight, hotel, makan, pengangkutan, luggage, jaket, tshirt, beg sandang, duit belanja, kain ihram dan telekung juga disediakan percuma.

Sebahagian beg free setiap percutian Shaklee
Hotel penginapan mewah tajaan Shaklee
Kelengkapan umrah percuma
Shaklee sediakan semua makan pagi, tengahari, petang dan malam. Walaubagaimana pun duit poket diberikan apabila ada waktu bebas untuk anda shopping atau pilih makanan sendiri sewaktu bercuti nanti

Anda boleh bercuti bersama ahli keluarga anda. Dengan syarat kena kerja keras untuk kumpul point bagi dapatkan tiket percuma mereka juga.

Untuk sertai trip Shaklee anda boleh bawa :

  • suami
  • isteri
  • anak-anak berumur 4 tahun ke atas
  • ibu bapa sendiri
  • ibu bapa mertua (bagi yang sudah berkahwin)
  • adik beradik (bagi yang bujang)
Percutian kami 4 beranak
Mak dan Abah di Istanbul masa Umrah Istanbul Trip 2014

[8] Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi

Ye. Bisnes ini boleh diwariskan kepada anak, cucu dan keturunan anda. Mereka boleh mewarisi bonus dan pendapatan Shaklee anda kelak. Pihak Shaklee akan bantu anda uruskan proses penyerahan bisnes kepada pewaris.

[9] Portal Online Untuk Bisnes, Info Produk, Kelas Online & Marketing Shaklee

Selepas mendaftar, anda akan terima sms dari Shaklee yang maklumkan nombor ID dan password anda untuk login ke portal ahli Shaklee.

Portal online ahli Shaklee untuk shopping, daftar ahli baru, kelas online, library produk dan banyak lagi.

[10] Kelas Belajar Produk Bersama Nutritionist Shaklee

Peluang ini terbuka kepada semua ahli berdaftar. Anda boleh berhubung terus dengan pakar nutrisi bertauliah Shaklee (Nutritionist Shaklee) untuk belajar atau bertanya soalan berkaitan produk.

Nutritionist Shaklee merupakan ahli nutrisi yang terlatih, yang berkelulusan dalam bidang nutrisi, yang arif tentang produk Shaklee di Malaysia.

Kelas di cawangan / branch Shaklee berdekatan

Sms untuk maklumkan jadual kelas di cawangan Shaklee berdekatan

Shaklee akan maklumkan melalui sms ke handphone anda sekiranya ada kelas produk yang akan dijalankan di branch Shaklee berdekatan anda.

Kelas online di dalam group Telegram

Kelas online di telegram bersama Nutritionist Shaklee

Selain daripada kelas di cawangan, Nutritionist juga turut mengadakan kelas online di Telegram untuk memudahkan semua ahli di seluruh Malaysia boleh turut serta belajar dan mendalami ilmu produk Shaklee.

Untuk berjaya dalam bisnes Shaklee ni anda perlu jadi pengguna dan pengedar yang bijak dan berpengetahuan luas tentang produk yang anda akan jual kelak.

Cukuplah dulu 10 kelebihan yang anda akan dapat selepas anda memilih untuk mendaftar keahlian sebagai ahli Shaklee yang sah.


Berminat Untuk Daftar Ahli Shaklee ? Atau Nak Dapatkan Produk Promo Bulan Ini Secara Online?

Boleh terus WhatsApp kami di 019-7200429 (klik dari smartphone anda).

*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Hayati Hanapi untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di β€œJoin Nowβ€œ sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Yang Anda Belum Tau

2 thoughts on “Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Yang Anda Belum Tau

    • August 14, 2018 at 8:43 pm
      Permalink

      Alhamdulillah kan KakManis. Kita di track yg betul. Tinggal usaha lebih lagi utk rebut semua 10 kelebihan ni.πŸ’ͺπŸ»πŸ‘πŸ»

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!