Insentif Bonus Shaklee Tambahan Untuk Kenaikan Pangkat Baru Tahun 2019/2020

Bonus Shaklee Sama Macam “Bonus” Mereka Orang Makan Gaji Ke ?

Tak sama.

Sebenarnya dalam bisnes Shaklee, komisen yang Shaklee bayar kepada semua pengedar yang berjaya membuat jualan tertentu dipanggil BONUS.

Dan bonus Shaklee dibayar setiap bulan tanpa gagal selagi anda ada buat jualan (minima RM450) setiap bulan. Pengedar yang tiada jualan, tiadalah komisen. Bermakna tiadalah bonus Shaklee beliau untuk bulan tersebut.

Bonus Shaklee = Unlimited Bonus.

Bermula dari 2 angka, 3 angka, 4 angka atau 5 angka sebulan bergantung kepada jualan persendirian dan jualan kumpulan seorang pengedar tersebut. Makin banyak beliau menjual, makin ramai ahli di dalam kumpulan beliau yang menjual bersama-sama, maka besarlah BONUS yang beliau akan terima dari Shaklee nanti.

Bisnes Shaklee Ada Penyata Gaji Bulanan

  • Bonus Shaklee dibayar setiap 14hb bulan berikutnya.
  • Ada penyata income bulanan.
  • Penyata income Shaklee “sangat laku” di mata bank untuk mereka yang nak buat loan beli kereta, rumah dan lain-lain.

Rugiiii sangat tau jika anda seorang ahli Shaklee tapi tak buat bisnes Shaklee ni dengan bersungguh-sungguh. Dengan penyata income Shaklee anda boleh kumpul asset anda sendiri. walaupun anda seorang surirumah sepenuh masa.

Insentif Bonus Shaklee Tambahan Untuk Kenaikan Pangkat Baru 2019/2020

Bonus tambahan ini adalah insentif dari Shaklee sebagai penghargaan kepada pengedar yang berjaya naik pangkat baru sepanjang cycle baru ini mulai April 2019 hingga Mac 2020 nanti.

Inilah peluang untuk anda grab sebanyak mungkin bonus tunai yang Shaklee tawarkan tahun ini. KakTy tak layak nak kejar bonus ni, sebab dah takde pangkat lebih tinggi dari Master. Huhuu..

Ini peluang anda semua termasuklah anda yang belum jadi ahli Shaklee. Anda masih ada banyakkk peluang tau.

Bonus tunai untuk pencapaian pangkat baru terbahagi kepada 3 kategori :

  • Syarat 1 (WAJIB) : Naik pangkat dan kekal efektif di pangkat tesebut selama 3 bulan berturut-turut
  • Syarat 2 : Efektif tambahan 3 bulan lagi (tak perlu berturut-turut) di pangkat baru
  • Syarat 3 : Efektif 12 bulan di pangkat baru

    *Efektif = Berjaya buat jualan tertentu dalam masa sebulan mengikut syarat yang ditetapkan Shaklee

Peluang 11 Bulan Untuk Rebut Insentif Bonus Tunai Tambahan Bagi Ahli Baru

Memandangkan tawaran insentif ini bermula dari April 2019 hingga Mac 2020, bermakna anda masih punya peluang 11 bulan untuk rebut bonus tunai yang Shaklee tawarkan tahun ini.

KakTy tak akan explain Panjang sangat dalam blog. Nanti korang pening pulak baca. Hahaaa… Sesiapa yang rasa tertarik, tengah cari side income tahun ni tu boleh WhatsApp je KakTy. KakTy explain satu persatu pada korang sampai korang faham.

Jadi pengedar Shaklee ni anda bukan saja dapat bonus Shaklee, ada banyak lagi tawaran best-best menanti. Ada bonus tunai bulanan, bonus kereta, ada percutian luar negara percuma juga.

bonus-tunai-shaklee

Contoh bonus tunai bulanan hasil jualan persendirian dan jualan kumpulan seorang Senior Coordinator Shaklee.

*Gambar google.

bonus-kereta-shaklee

Contoh bonus kereta Shaklee dalam bentuk tunai juga. Ada syarat tertentu untuk layak terima car bonus Shaklee.

Mereka yang layak digelar CAR BONUS ACHIEVER.

*Gambar google.

Percutian percuma untuk tahun 2019/2020 ialah :-

  • Korea
  • Switzerland
  • Umrah (untuk Muslim saja)

Percutian Shaklee boleh bawa ahli keluarga bersama (suami,isteri, anak-anak, mak, ayah) asalkan cukup point untuk dapat tiket free mengikut syarat yang Shaklee telah tetapkan. Best kan ?? πŸ˜‰

1 tiket = 550 point
1 tiket = 1,100 point

Boleh baca kelebihan jadi ahli Shaklee dalam entry lama KakTy sebelum ni ye.

Baca : Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Yang Anda Belum Tau


Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee anda. WhatsApp ke 019-7200429, kami akan bantu anda pilih produk Shaklee yang bersesuaian dengan anda.

Saya Pengedar Shaklee Ulu Tiram, Johor Bahru.

COD area Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, Taman Gaya, Dato’ Chellam, Desa Tebrau, Desa Cemerlang, Johor Jaya dan kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (J&T Express/Poslaju/Gdex/Citylink)

Insentif Bonus Shaklee Tambahan Untuk Kenaikan Pangkat Baru Tahun 2019/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!