Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Bahaya Gula Air Berkarbonat

Gula Air Berkarbonat | Pagi tadi KakTie ada terbaca tentang 3 mitos berkaitan air gas atau air berkarbonat yang masyarakat masa kini  kena perbetulkan.

Benarkah Gula Air Berkarbonat Bahaya ?

Fruktosa adalah salah satu jenis gula yang merupakan komponen utama dari gula tambahan. Benarkah gula fruktosa berbahaya bagi kesihatan kita ?

Sebenarnya apa itu fruktosa? Mari kita baca penjelasan ringkasnya di sini.

Apa itu fruktosa?

Fruktosa adalah jenis karbohidrat sederhana (gula) yang terdapat di dalam kumpulan gula. Selain fruktosa, gula yang anda gunakan sehari-hari mengandungi glukosa, yang merupakan sumber energi dalam tubuh.

Sebenarnya fruktosa juga terkandung di dalam buah-buahan. Ya, gula fruktosa adalah gula alami dari buah yang jumlahnya tak terlalu banyak.

Fruktosa juga dapat ditemukan di berbagai pemanis tambahan seperti sirup jagung fruktosa tinggi dan sirup agave. Jika suatu produk mencantumkan tambahan gula sebagai salah satu bahan utamanya, biasanya produk tersebut mengandung fruktosa yang tinggi.

Sesetengah orang tidak menyerap semua fruktosa yang dimakan. Kondisi ini dikenal sebagai Fructose Malabsorption (formerly called dietary fructose intolerance).

Apabila sistem pencernaan tidak dapat menyerap fruktosa dengan sempurna, ia akan menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa di bahagian abnomen, gas yang berlebihan dan gangguan pencernaan.

Mengapa gula fruktosa berbahaya untuk kesihatan ?

Glukosa dan fruktosa dicerna dan diserap dengan cara yang sangat berbeza oleh tubuh. Setiap sel dalam tubuh dapat menggunakan glukosa, sementara hal ini tak berlaku untuk fruktosa.

Jom kita baca 3 mitos berkaitan air minuman bergas atau berkarbonat kegemaran ramai.

3 MITOS AIR MINUMAN BERGAS

Bila dah rasa sangat nak minum, macam-macam hujah diberi untuk menjadikan minuman bergas itu nampak sihat diminum kan ?🤭

Berikut merupakan ‘nasihat’ yang sering diberi kepada peminum air gas.

1) Buang gas yang bahaya ?

Membuang gas dengan mengocakkan tin atau botol dengan gigihnya hanya membuang gas.

  • Mitos seperti karbonat dalam minuman bergas ini menyebabkan enamel gigi rosak, tulang jadi rapuh adalah tidak benar.
  • Bahaya gas dalam air berkarbonat ini adalah untuk mengaburi mata kita supaya tidak sedar. Bahaya sebenarnya adalah berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. ✔️
  • Minum air bergas berlebihan ini dikaitkan dengan risiko masalah sakit jantung dan strok disebabkan TINGGI GULA.

Kita patut lebih risaukan jantung berbanding gigi rosak bukan?

2) Cairkan saja gula dengan minum air banyak ?

Ada orang kata, minum air banyak-banyak lepas minum air bergas. Nanti gula dalam tu jadi kurang manis.

Sebenarnya, tak kira banyak mana air yang ditambah, kandungan gula dalamnya adalah sama. Walaupun air gas campur dengan air sampai rasa macam teh O tanpa gula, kandungan gula masih sama dengan setin air bergas tu.

3) Kita minum air gas, kita bakar gula dalamnya. Lebih sihat.

Salah tu tuan-tuan puan-puan. Gula tinggi fruktosa (HFCS) dalam air minuman bergas ni tak sama macam gula glukosa tu.

Gula glukosa boleh digunakan dan diproses semua sel badan. Gula fruktosa hanya diproses di organ hati.

Bagaimana glukosa dan fruktosa diproses di dalam tubuh kita

Jika gula fruktosa berlebihan, organ hati akan terbeban dan akibatnya:-

  • Urik asid berlebihan akan terhasil meningkatkan risiko GOUT.
  • Gula berlebihan ini akan disimpan sebagai lemak di organ hati  Lalu meningkatkan risiko “fatty liver“.
  • Gula berlebihan ini akan meningkatkan trigliserida yang akan menyumbatkan salur darah kita. Di jantung menyebabkan sakit jantung atau di otak menyebabkan strok.

Bila bersenam, kita bakar glukosa dengan cepat. 👍🏻 Tapi jika organ hati kita bermasalah, secara teorinya pemprosesan fruktosa juga menjadi perlahan.

Apa langkah terbaik yang kita perlu lakukan ?

Ramai sebenarnya orang overweight ada masalah hati berlemak tanpa sedar. Apatah lagi yang obes. Oleh itu,

Kita tinggalkan terus minuman bergas ni. 👍🏻

Memang susah sebab air tinggi gula fruktosa ni ketagihnya kuat. Cara supaya pulih ketagihan gula ialah dengan perang melawan gula.

*Credit info 3 mitos dari FB Dr. Hafiz Sulaiman

#PERANGMELAWANGULA

Bahaya Gula Air Berkarbonat
Tagged on:                                         

4 thoughts on “Bahaya Gula Air Berkarbonat

  • August 20, 2018 at 3:20 pm
    Permalink

    ini yang menjadi cabaran utama kepada kita…

    salah faham tentang konsep gula.

    salah faham yang berterusan akan memudaratkan..

    bukannya membetulkan keadaan
    mrhanafi recently posted…Demam Rindu Sudah Melanda JiwaMy Profile

    Reply
    • August 20, 2018 at 3:29 pm
      Permalink

      Betul tu Tuan mrhanafi. Salah faham yang tidak diperbetulkan. Mencabar juga sebenarnya air berkarbonat ada kat sekeliling kita. Pergi petrol station pon ada. Mencabar nak kawal anak2 sekali.🤭😅

      Reply
  • September 14, 2018 at 8:57 am
    Permalink

    Seeloknya kita buat cabaran kepada diri sendiri. Cabaran hidup bebas tanpa gula. Contoh, cabar diri selama seminggu tanpa mengambil gula. Kemudian 2 minggu, sebulan sehingga kita boleh berhenti dari mengambil gula. Tukarkan gula kepada Madu asli tanpa proses penasipan dan juga perahan panas bagi mengekalkan kandungan asli Madu. Madu diambil sebagai energy booster kepada badan. Entri yang sangat baik untuk kita semua. Tahniah.
    AhmadiKatu recently posted…Cheapest Fast Food – It Is Bad For Your HealthMy Profile

    Reply
    • September 14, 2018 at 9:29 am
      Permalink

      Setuju dengan pendapat Tuan AhmadiKatu. Semuanya perlu bermula dari diri sendiri. Sejauh mana kita betul betul nak ubah gaya hidup kita dan keluarga kita jd lebih sihat. Nak terus stop mmg mustahil kan. Tapi boleh usaha step by step, slow slow kurangkan sikit demi sikit. Gula yang manis tu sedap tapi bahaya ! 😑

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berminat? Jom WhatsApp KakTy!