Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Bahaya GDM Beri Kesan Negatif Pada Bayi Dalam Kandungan

Apa itu GDM ?

GDM adalah singkatan daripada perkataan Gestational Diabetes Mellitus atau bahasa mudahnya diabetes ketika hamil. GDM bukan sahaja boleh beri kesan pada kesihatan si ibu yang mengandung, malah ia juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan bayi di dalam kandungan.

Budaya terikut-ikut trend masa kini, keinginan mahu mencuba semua makanan atau minuman yang viral di laman social memberi impak yang tidak sihat kepada masyarakat setempat.

Bukan tak boleh minum, tapi berpada-padalah.

*Image Google

Jom kita baca penulisan seorang doctor di laman facebook tentang bahayanya GDM pada seorang ibu yang sedang hamil dan bagaimana ia beri kesan negative pada bayi di dalam kandungan si ibu.

Rujuk penulisan asal di sini.


Bahaya GDM dan Kesan Negatif Pada Bayi Dalam Kandungan

Patutlah ramai ibu muda sekarang sudah mengidap GDM (gestational diabetes mellitus) atau diabetes ketika hamil walaupun anak pertama.

Asal mengandung mengidam kek, pizza,burger,ais krim jika boleh semua yang viral nak bedal tak ingat. Ini semua makanan tinggi gula nak tipu tekak kita, sehinggakan ada yang craving setiap hari nak minum brown sugar boba.

Risiko GDM Pada Bayi & Ibu Hamil

Risiko pada bayi :
1. Bahayanya jika ibu-ibu disahkan GDM anak dalam kandungan juga akan dapat glucose dari ibu, ini menyebabkan bayi membesar dalam keadaan hypeclycemia dan menyukarkan proses kelahiran (microsomia) dan berisiko kematian dalam kandungan.

2. Bukan itu sahaja bayi ini berpontensi akan dapat hypoglycaemia (kurang gula dalam darah) sejurus dilahirkan dan apabila dewasa nanti berkemungkinan berisiko untuk mengidap Diabetes Mellitus. Hal ini disebabkan oleh kepuyaan insulin pankreas terganggu di alam rahim lagi.

Risiko pada ibu hamil :
3. Jika GDM tidak dikawal ibu berpontensi untuk mengidap pre-eclampsia (tekanan darah tinggi ) dan boleh menyebabkan sawan.

Sebab itulah pentingnya OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) terutama bagi ibu-ibu berat badan berlebihan dan ada sejarah keluarga yang mengidap diabetes.

Nasihat Doktor Buat Ibu Hamil

Kurangkan Gula Putih, Gantikan Dengan Gula Dari Buah-buahan

Nasihat saya kepada ibu-ibu semua atau bakal ibu, berusahalah hari anda untuk kurangkan gula putih dalam semua menu. Dapatkan gula yang lebih sihat dari buahan tempatan seperti jambu air, jambu batu, tembikai, buah mangga tempatan dan buahan organik yang berada di pasaran.

Ini untuk melatih pancreas anda agar tidak ‘stres’ ketika anda mengandung nanti. Itu pun buahan yang manis kena control juga sebab tinggi gula, cuma bezanya buahan ada serat.

Buat Pemeriksaan Gula Di Awal Kehamilan

Awal kehamilan cuba buat seminggu atau 2 minggu sekali pemeriksaan gula 2 jam selepas makan. Boleh juga jika nak buat test HbA1c sebelum MGTT.

Sebab itu pentingnya OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) pada minggu ke 23-28. Itu pun tengok kepada keadaan ibu, saya jika ibu itu masih ada alahan teruk macam wife sayalah, memang tangguh dahulu sehingga ok baru buat. Itu pun seminggu sekali dah buat pemeriksaan gula selepas 2 jam makan.

Tapi berbeza dengan OGTT, sebab kaedah ini ibu hamil kena minum air gula sebanyak 75gram dibancuh bersama 120-200ml air. Selepas 2 jam jika bacaan normal <7.8 mmol/L maka selamat.

Bacaan Selepas Minum Air Gula Lebih 7.8 mmol/L Perlu Buat BSP

Jika borderline mungkin akan diminta buat sekali lagi untuk minggu akan datang. Jika lebih dari bacaan normal ibu perlu buat BSP (ambil darah hujung jari untuk check paras gula). Ini nurse atau Dr akan consult andalah. Jangan dok bergaduh dengan nurse sudah😅.

Ujian ini sebenarnya untuk lihat keupayaan hormon insulin untuk menurunkan gula dalam darah. Jika dalam tempoh 2 jam itu insulan anda berjaya turunkan gula sebanyak 75gram insyaallah kesihatan bayi terjamin.

Kenapa Sebelum Minum Air Gula Takde Kencing Manis Pun ?

Wife saya tanya habis tu kenapa ada orang cakap lepas minum air gula terus dapat kencing manis, sebelum itu tak pun. Saya jawab. Yelah sebab sebelum itu mana ada check dan ambil gula sebanyak 75gram. Dan mana ada buat pemeriksaan selepas 2jam.

Bayangkan jika ada ibu ibu ambil makanan yang gulanya lebih dari 75gram dan ibu ibu ini buat tak tahu je sehinggalah nak melahirkan bayi.

Apa kesan kepada bayi dalam tempoh tersebut?

Nak ke anak kita nanti mengidap kencing manis?

Sebab itu pentingnya pemantauan gula dalam darah kepada ibu hamil.

Moga bermanfaat.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#hanyaSuamiKepadaIbuHamil

Bahaya GDM Beri Kesan Negatif Pada Bayi Dalam Kandungan
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!