Cara Rawat HFMD Anak Yang Dijangkiti Dari Terus Merebak

Cara Rawat HFMD Anak-Anak

Kita selalu dengar tentang penyakit HFMD yang sering menjangkiti anak-anak kecil kebiasaannya berumur di bawah 6 tahun. Ini adalah kerana di usia sebegini daya tahan penyakit atau antibodi tubuh mereka masih lemah.

Walaubagaimanapun, HFMD masih boleh menjangkiti kanak-kanak 7 tahun ke atas, malah orang dewasa juga. Untuk golongan kanak-kanak 7 tahun ke atas, mereka mudah dijangkiti daripada orang yang berada hampir dengan mereka, orang yang telah dijangkiti penyakit HFMD.

Contohnya rakan sekelas di sekolah, anak-anak di Taska, anak-anak jiran yang selalu main bersama. Maka ibubapa seharusnya kena lebih alert agar tidak menghantar anak-anak yang telah dijangkiti HFMD ke sekolah, Taska mahupun ke rumah pengasuh, bagi mengelakkan anak-anak lain pula dijangkiti penyakit HFMD. Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak lain yang di bawah 6 tahun.

Apa itu HFMD – Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit / virus HFMD adalah melalui :

  • Sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti.
  • Sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda-tanda Anak Dijangkiti HFMD

Mereka yang telah dijangkiti penyakit HFMD akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) dalam mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki.

cara rawat hfmd

HFMD Tiada Ubat.

Selalunya ia akan sembuh dengan sendiri. Walaubagaimanapun ada beberapa langkah kawalan dan pencegahan yang perlu diambil untuk memastikan pesakit cepat sembuh.

Anak Sendiri Dijangkiti HFMD

Sebenarnya KakTy nak kongsi tentang anak bujang KakTy, Areel Hayyan yang dijangkiti HFMD beberapa hari lepas. Berjangkit dari mana tu KakTy pun tak pasti.

Tahun ini Areel Hayyan dah 9 tahun (Darjah 3). Masa KakTy bawa ke klinik, doktor kata biasanya kanak-kanak atas 6 tahun antibodi dah kuat. Jarang kena HFMD melainkan ada orang di sekeliling dia, yang berdekatan dengan dia yang sudah terkena HFMD juga.

Adalah tu agaknya kat mana-mana tersangkut virus tu kat tengah jalan kot. Hihiii…

Dua Hari Naik Ulcer Dalam Mulut, Baru Ruam Di Tangan Muncul

Hari Selasa petang 16hb April 2019, Areel mengadu pening kepala lepas balik dari sekolah. Dia nampak sedikit lesu dari biasa. KakTy ingatkan sebab cuaca panas sangat waktu tu.

Esok pagi dia tunjuk dalam mulut ada naik ulser tapi kecik-kecik je. Di bahagian bibir bahagian dalam. KakTy periksa tapak tangan dan kaki Areel, tapi takde tanda bintik merah ruam. KakTy terus bagi Areel satu sachet Nutriferon Shaklee untuk kuatkan antibodi badan dia. Syukur masih ada baki sekotak Nutriferon sejak stok habis di HQ tahun lepas. (Tak sabar tunggu Nutriferon baru bulan ni.)

Masa ni dia dah mula kurang makan sebab rasa sakit ulser. Jadi KakTy beri dia makan bubur nasi dan minum air kosong lebih sikit. Selang seli dengan air oren Performance Drink Shaklee untuk pastikan badan dia tak alami dehidrasi sebab cuaca memang panas sangat minggu ni.

Dua hari Rabu dan Khamis Areel tak bersekolah sebab rasa sakit dan tak selesa kat mulut. Boleh makan bubur je. Kesian anak ibu. Areel ni seorang yang pemakan orangnya. Memang tak memilih makanan. Semua dia makan tak banyak cerita. Bila sakit ni, dapat makan bubur nasi je.

“Ibu, Areel lapar.” Sedih mak dengar.

Lepas KakTy beli ubat spray di farmasi untuk kurangkan rasa sakit mulut, barulah Areel dapat makan nasi semula. Biarpun dia amik masa lama sikit dari biasa nak abiskan sepinggan nasi, tapi akhirnya Areel berjaya juga makan nasi dan lauk ayam kegemaran dia. Alhamdulillah.

Cara Rawat HFMD Anak Yang Dah Dijangkiti Dari Terus Merebak

Cara Rawat HFMD #1 : Pastikan Anak Minum Cukup Air Untuk Elak Dehidrasi

Sepanjang dua hari Rabu dan Khamis tu KakTy pastikan Areel ambil satu sachet Nutriferon pagi sekali, malam sebelum tidur satu sachet lagi.

Air Performance Drink memang KakTy bancuh siap-siap dalam jug letak dalam peti sejuk. Jadi anytime dia boleh terus minum.

Nutriferon – penemuan sains oleh Pakar Imunologi Jepun, Dr Kojima untuk kuatkan sistem imun tubuh melawan bakteria dan virus.

cara rawat hfmd

Air Performance Drink Shaklee untuk elak badan dehidrasi.

Cara Rawat HFMD #2 : Bagi Ubat Spray Untuk Kurangkan Sakit Ulser

Ada beberapa contoh ubat spray yang boleh guna untuk kurangkan sakit ulser mulut. Spray 10-15 minit sebelum makan. Jadi anak dapat makan dengan rasa sakit yang minima.

Ubat spray AFTAMED untuk rawat ulser mulut.

Ubat spray GENGIGEL.

cara rawat hfmd

KakTy pakai yang ni sebab kat farmasi dua-dua spray kat atas tu habis stok.

Zensil Mouth Spray ni boleh juga digunakan oleh mereka yang ada sakit tekak.

Cara Rawat HFMD #3 : Bersih Rumah Dengan Antiseptik

Malam hari Khamis 18hb April 2019, selepas dua hari naik ulser Areel tunjuk jari dia ada bintik merah tapi tak banyak. KakTy dah syak mesti HFMD ni. Sebab dulu masa dia sekolah tadika, Areel pernah kena HFMD juga.

Esok pagi KakTy bawa ke klinik lagi untuk doktor sahkan Areel dijangkiti HFMD. Memang confirmed HFMD ! Doktor bagi lagi MC selama seminggu sampai Areel betul-betul sembuh baru boleh sekolah semula.

Bila nampak ada ruam malam tu juga terus maknya mulakan operasi pembersihan rumah besar-besaran bertiga dengan ayah dan kakak Sumaiyah.

(a) Tukar semua cadar, sarung bantal, sarung sofa

Terus tukar semua cadar dan sarung bantal, sarung sofa. Bergotong-royong kami bertiga cabut semua cadar semua bilik dalam satu rumah ni. Tukar sarung sofa baru. Tukar tuala baru.

cara rawat HFMD

(b) Cuci Pakaian Dan Rumah Dengan Antiseptik Dettol

  • Cuci pakaian, cadar, tuala dengan antiseptik dettol.
  • Lap guna antiseptik dettol kat semua meja, kerusi, tombol pintu bilik, pintu toilet, katil, meja dapur, kabinet dapur, almari, pintu peti sejuk dan semua barang-barang yang Areel mungkin sentuh setiap hari.
  • Mop lantai dengan dettol.
  • Cuci toilet dengan dettol.
  • Lap dalam kereta dengan dettol.

(c) Mandikan Anak Dengan Sabun Antiseptik

(d) Sentiasa Cuci Tangan Dengan Hand Sanitizer

cara rawat hfmd
Hand sanitizer dalam rumah
cara rawat hfmd
KakTy letak sebotol dalam kereta

Cara Rawat HFMD #4 : Ubat Kumur Dan Ubat Titis Dalam Mulut Untuk Rawat Ulser

Ubat kumur.

cara rawat hfmd

Ubat titis.

Cara Rawat HFMD #5 : Pakai Face Mask Di Dalam Rumah

cara rawat hfmd

Memandangkan penyakit HFMD boleh menjangkiti orang lain melalui cecair hidung dan mulut pesakit, seeloknya pakaikan face mask pada anak supaya dapat mengurangkan risiko penyebaran virus.

Cara Rawat HFMD #6 : Bawa Anak Ke Klinik Untuk Dapatkan Surat Cuti (MC) Untuk Kuarantin Di Rumah.

Yang ni paling penting. Meskipun penyakit HFMD boleh sembuh sendiri, ibubapa perlu juga bawa anak ke klinik untuk dapatkan rawatan sewajarnya dan surat cuti (MC) untuk kuarantin di rumah sahaja.

Anak-anak yang telah dijangkiti penyakit HFMD TIDAK BOLEH dihantar ke sekolah mahupun ke taska sehingga ulser dalam mulut dan bintik bintik merah HFMD betul-betul hilang. Ini sangat penting untuk mengelakkan penyakit ini menjangkiti anak-anak orang lain pula.

Berkorban cuti untuk jaga anak sendiri di rumah. Usah korbankan kesihatan anak orang lain dengan kepentingan diri kita sendiri.

HFMD Areel Dah Beransur Baik

Alhamdulillah syukur bintik ruam di tangan Areel terkawal dan tak merebak. Sekarang dalam rawatan untuk sembuhkan ulser dalam mulut aje. Ulser pun dah banyak kurang rasa sakit kata Areel.

cara rawat hfmd
Ruam di jari tangan kiri. Ada sikit je. Dah pudar merahnya.
cara rawat hfmd

Ruam di jari tangan kanan. Ada beberapa biji je. Dah pudar bintik merah tu.
cara rawat hfmd
Ruam di jari kaki kanan. Ada sebiji je.
cara rawat hfmd

Ulser kat lidah yang paling besar dan paling sakit. Sekarang dah kurang sakitnya. Bawah lidah pun ada ulser.

Masih kena selalu rawat dengan ubat kumur dan ubat titis sampai betul betul sembuh.

cara rawat hfmd

Ulser di bibir dah semakin sembuh. Tak rasa sakit sangat dah.
cara rawat HFMD Areel hayyan
Ubat untuk rawat HFMD & vitamin Nutriferon untuk kuatkan imun badan Areel

Doakan anakanda KakTy, Areel Hayyan Sudirman cepat sembuh, kembali sihat seperti sedia kala dan dapat bersekolah semula. InsyaAllah Aaminnn Ya Rabbal ‘Alamin.

Terima kasih KakTy ucapkan pada yang mendoakan.

Pertanyaan tentang produk Shaklee ?

Whatsapp KakTy DI SINI. InsyaAllah KakTy bantu.

Cara Rawat HFMD Anak Yang Dijangkiti Dari Terus Merebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!