Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Saving 6 Bulan Gaji Sebagai Simpanan Sebelum Berhenti Kerja

Simpanan Sebelum Berhenti Kerja

Tips ini terpakai buat semua orang, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Baik suami ataupun isteri, yang merancang untuk berhenti kerja hakiki.

Samada suami suruh isteri berhenti kerja untuk jadi surirumah sepenuh masa. Ataupun suami atau isteri yang ingin berhenti kerja hakiki untuk melangkah ke dunia bisnes.

Sifu kewangan menasihatkan agar mereka yang bercadang untuk berhenti kerja, ada simpanan kira-kira 6 kali ganda gaji bulanan mereka.

Katakan gaji sebulan RM2,000. Maka anda perlu ada sekurang-kurangnya RM12,000 (RM2,000 x 6) dalam simpanan yang tak boleh diusik melainkan waktu kecemasan selepas anda berhenti kerja nanti.

Buat keputusan untuk berhenti kerja hakiki bukan satu perkara remeh temeh. Perlu buat perancangan yang teliti kerana ia melibatkan komitmen bulanan kita, perbelanjaan makan dan pakai seisi keluarga.

Gagal merancang kewangan keluarga boleh menjadi punca konflik rumahtangga.

Jom ikuti perkongsian dari FB Cikgu Mohd Fadli Salleh (Cikgu Korea) berkenaan akibat kegagalan merancang kewangan sebelum berhenti kerja.


Dulu Suami Suruh Berhenti Kerja, Sekarang Hilang Pendapatan Selepas Diceraikan

simpanan sebelum berhenti kerja

“Cikgu. Saya menyesal berhenti kerja dulu. Dulu gaji saya dah cecah RM4k. Namun suami suruh berhenti.

Katanya tempat seorang isteri adalah di rumah jaga anak-anak dan makan pakai dia. Sekarang kami
bercerai, saya hilang punca pendapatan, suami pula cuai memberi nafkah.

Memang saya menyesal berhenti kerja dulu.”


Itu luahan seorang ibu tunggal pada aku suatu ketika dahulu. Katanya suaminya tak nak dia kerja.

Kononnya sebab dia mampu tanggung, sedangkan kerja suami biasa-biasa sahaja.

Disamping itu suaminya juga cemburu bila isteri pergi kerja cantik-cantik dan perlu berhubung dengan pelanggan serta rakan sejawat yang lelaki.

Padahal kata isteri, dia cukup menjaga hubungan. Tidak pernah berlebihan, bahkan tidak pernah menumpang kereta rakan sekerja lelaki untuk ke mana-mana.

Masalah mula timbul bila kewangan keluarga tidak stabil. Kehilangan 4k sebulan pasti sangat dirasai. Tambah-tambah bila anak makin ramai.

Bila duit sering tidak cukup, mereka akan bergaduh. Hidup makin sempit dan suaminya pula tidak mahu usaha lebih buat part time ke apa.

Dan akhirnya dia diceraikan. 😭

Perlu Ada Duit Kecemasan 6 Kali Ganda Gaji Sebulan

Aku pernah mendengar seorang kawan pakar kewangan berkata, kita perlu ada duit kecemasan sekurang-kurangnya 6x ganda dari gaji kita.

Makna kata, kalau gaji RM4000, kena ada saving bersih RM24,000. Itu simpanan kecemasan yang tidak boleh diusik kata kawan aku.

Jika kita jatuh terduduk, saving itulah untuk kita bermula sesuatu yang baru. Berniaga ke apa ke. Itulah modalnya.

Dalam masa 6 bulan pasti akan jumpa jalan keluar dari masalah kesempitan jika kita serius ingin mengubah hidup.

Paling penting, simpanan kecemasan itu ada.

Ini dah la simpanan kecemasan pun tiada, hutang pula bertimbun-timbun. Memang cari bala!

Suami…

Suami…… Jangan Paksa Isteri Berhenti Kerja Jika Hutang Masih Keliling Pinggang

Jika aku berhak memberi sedikit nasihat pada kalian, ini yang aku ingin sampaikan.

Perancangan kewangan sangat penting. Jangan suruh isteri kita berhenti kerja jika kewangan kita masih tidak stabil. Jika hutang masih keliling pinggang.

simpanan sebelum berhenti kerja

Jika income sendiri lebih 20k, dan kau mampu simpan sebulan hingga 10k, relevanlah nak suruh isteri berhenti kerja pun.

Ini gaji sendiri baru 2-3k, dah mula minta isteri berhenti. Saving tiada pula tu. Bahaya bang.

Kalau sebelum ini isteri kalian bekerja namun :-

– semua gajinya tidak berusik
– semua keperluan keluarga kau support penuh dari hujung kepala sampai hujung kaki termasuk alat solek dia & bayaran kereta dia
– bayaran rumah
bil-bil
duit dapur
– perbelanjaan melancong
– perbelanjaan untuk orang tuanya

dan semua macam mampu kau tanggung, bolehlah syorkan isteri berhenti.

Tapi jika semua benda pun sokongan isteri, nak beli pampers anak dan bayar pengasuh pun isteri yang bayarkan, biarlah dia terus membantu kau dengan bekerja.

Kena merancang dengan baik dan bersedia bila minta isteri kita berhenti bekerja. Siapkan duit simpanan untuk dia 30k-50k cash dalam bank, ha boleh la nak suruh dia berhenti kerja pun. Tu pun jangan biar ada hutang keliling pinggang.

Sayang sijil isteri sampai degree, sampai master akhirnya terperuk di rumah sahaja. Sedangkan kemahiran dia diperlukan diluar dan dibayar mahal.

Dan mungkin kalian (suami) yakin kalian takkan pernah akan menceraikan isteri. Namun bolehkah kalian yakin nyawa kalian berkekalan untuk meniti usia senja bersama?

Bagaimana jika nyawa kalian tidak panjang? Bagaimana jika esok lusa kalian dipanggil Tuhan?

Bagaimana anak dan isteri kita nak survive tanpa pendapatan, tanpa simpanan dan tanpa pekerjaan?

Perlu fikir banyak benda, perlu kaji dalam-dalam, perlu bersedia untuk hari yang paling teruk dalam hidup.

Jangan buat keputusan yang akhirnya merugikan banyak pihak. Yang akhirnya kita sendiri menyesal tak kesudahan.


Simpanan Ada 6 Kali Ganda Gaji Boleh Plan Nak Berhenti Kerja Hakiki

Tapi bukan bererti anda boleh duduk saja di rumah. Izinkan isteri buat bisnes dari rumah. Bisnes online pun dah banyak sekarang.

Jadi dropship ke jadi agen jual tudung, jual cookies, jual baju dan macam-macam lagi.

Asalkan dia punya pendapatan sendiri meskipun sudah tak keluar bekerja. Zaman sekarang ni dah ramai surirumah yang buat bisnes dengan income 4 – 5 angka sebulan. Malah ada yang berganda-ganda lebih dari pendapatan masa ada kerja hakiki.

Di sinilah pentingnya perancangan sebelum berhenti kerja. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Nafkah Isteri Jangan Abaikan Walau Isteri Jutawan

Suami…… Esok-esok walau isteri dah punya income sendiri hasil bekerja dari rumah sambil jaga anak-anak, suami-suami jangan culas pulak bagi nafkah isteri ye.

Walau isteri jutawan sekalipun, nafkah isteri tetap kena beri. Jadi hutang tau selagi isteri tak halalkan. Don’t play play ya. Hihi.

Nak join bisnes Shaklee online dengan KakTy, whatsapp je okeh !

Saving 6 Bulan Gaji Sebagai Simpanan Sebelum Berhenti Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!