11 Resepi Sambal Bikin Air Liur Meleleh, Tak Sedar Nasi Bertambah

Resepi sambal yang buat anda tak sedar makan nasi bertambah-tambah. Tak sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Hihii.

Resepi Sambal Yang Anda Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

(1) Sambal Kuinin

resepi sambal kunin

Bahan-bahan :

Cili padi
Lada merah besar
Sedikit belacan yang sudah dibakar
Garam
Buah kuinin masak
Sedikit gula

Cara-caranya :

1. Tumbuk cili padi, lada merah besar.
2. Masukkan belacan, garam dan gula.
3. Apabila cili sudah hancur, masukkan buah kuinin masak.
4. Gaul rata. Siap untuk dimakan.

(2) Sambal Ikan Mempelam Muda

resepi sambal ikan mempelam muda

Bahan-bahan :

2 ekor ikan kembung-bakar or rebus
15 tangkai cili api
3 biji mempelam telur(muda)-cincang2
*Kalau pelam besar..sebiji pun ok
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Tumbuk cili api + garam hingga lumat.
2. Masukkan pula ikan rebus/bakar tadi dan tumbuk lagi.
3. Akhir sekali masukkan mempelam yang dicincang dan tumbuk-tumbuk manja gitu.
4. Siap untuk dimakan.

(3) Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak

resepi sambal ikan bilis petai tempoyak

Bahan-bahan :

2 cawan ikan bilis
1 cawan petai
1/2 cawan tempoyak
2 labu bawang besar dimayang
20 biji cili api*
4 ulas bwag putih* ( bahan bertanda * ditumbuk hancur)
Sedikit garam dan gula

Cara-caranya :

Goreng ikan bilis dan petai sehingga garing dan ketepikan.
Tumis cili dan bawang putih yg telah ditumbuk.
Masukkn tempoyak.
Kemudian rasakan garam dan gulanya.
Masukkn ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkn bawang.

(4) Sambal Belacan

resepi sambal belacan

1. Blend/tumbuk jek cili padi, cili merah besar, sedikit gula, garam & belacan yag telah dibakar.
2. Perahkn asam limau nipis @ kasturi.

(5) Sambal Belacan Kulit Limau

sambal belacan kulit limau

1. Blend/tumbuk jek cili padi, cili merah besar, sedikit gula, garam & belacan yag telah dibakar.
2. Perahkn asam limau nipis @ kasturi.
3. Potong kulit limau kasturi dan campurkan dalam sambal belacan.

(6) Sambal Kering Ikan Bilis Cilipadi

resepi sambal kering ikan bilis cilipadi

Bahan-bahan :

Ikan bilis 2 cawan
Cili padi 30 biji
Bawang putih 6 ulas
Bawang merah 12 ulas
Garam
Gula

Cara-caranya :

Semua bahan diatas ditumbuk kasar.
Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing.
Rasakan garam dan gulanya.

(7) Sambal Gesek

resepi sambal gesek

Bahan-bahan :

Cili padi
Garam kasar
Ikan bilis
Limau kasturi @ limau nipis

Cara-caranya :

1. Tumbuk cili padi dan garam kasar.
2. Dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang dah siap basuh.
3. Tumbuk kasar.
4. Perahkn asam limau. Siap !

(8) Sambal Terung Goreng dan Ikan Tumbuk

resepi sambal terung goreng ikan tumbuk

Bahan-bahan :

1/2 biji terung pnjng(potong2 dan goreng)
2 ekor ikan selayang(goreng & ambik isi shj)
*15 tangkai cilipadi
*3 ulas bwng putih
*1biji bwng besar
Sedikit garam

Cara-caranya :

Goreng bahan bertanda * hingga layu.
Tumbuk bahan yang dah digoreng layu tadi dengan garam.
Masukkan isi ikan dan tumbuk.
Akhir skali..masukkan terung dan tumbuk pecah2 je.

(9) Sambal Tumbuk Petai dan Ikan

resepi tumbuk petai ikan

Bahan-bahan :

2 ekor ikan selayang/kembung (goreng)
*1 biji bwng besar
*15 tangkai cili padi
*2 ulas bwng putih
Sedikit garam
Petai-2 papan

Cara-caranya :

Goreng sekejap bhn bertanda * hingga agak layu.
Asingkan ikan dari tulang.
Tumbuk semua bahan * yang dah digoreng tadi bersama sedikit garam (tumbuk jgn hancur sgt).
Masukkan isi ikan goreng.
Akhir skali masukkan petai kopek n tumbuk pecah2 je petai tu.

(10) Sambal Totok

resepi sambal totok

Bahan-bahan :

1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)
*30 tangkai cili padi merah+hijau
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
Sedikit garam
1biji limau nipis
Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit

Cara-caranya :

Tumbuk semua bahan yang digoreng tadi dgn sedikit garam
Tumbuk pecah2 manja je…
Masukkan ikan bilis yg dah d toskan dan tumbuk sebati..
Perahkan limau dan gaul sebati..
Siap!!! Makan dengan nasi panas…terangkat!!!
Selamat mencuba.

(11) Sambal Goreng Garing

Bahan-bahan :

*3 biji cili masak
*25 tangkai cili padi(akk guna cili padi merah)
*1’biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*Sedikit belacan
1 kpng asam keping
Garam n perasa

Cara-caranya :

Mesin kasar bhn bertnda *
Tumis bhn hingga betul2 garing
Masukkan asam keping,garam n perasa
Siap!!
(Klu utk mkn kat rumah je..biasa akk buh tomato utk gnti asam keping…lg sedap..tp sb ni nk simpan lama..so akk buh asam keping)

Credit : FB Ilham Resepi & Mazliza Ahmad

11 Resepi Sambal Bikin Air Liur Meleleh, Tak Sedar Nasi Bertambah
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak order ? WhatsApp KakTy!