Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Shahrol Shiro Kena Bedah Akibat Jangkitan Sinus (Resdung)

Jangkitan sinus juga disebut sebagai resdung. Bahaya resdung ni kan ? Kadang-kadang kita tak perasan gejala yang kita alami itu merupakan tanda-tanda penyakit resdung.

Seperti yang dialami oleh pelawak popular, Shahrol Shiro 2 tahun lepas. Beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan sinus di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus. (Baca tanda-tanda penyakit resdung di sini)

Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan menghidap penyakit berkenaan serta perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena.

“Berikutan tidak cukup rehat, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.

“Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Shahrol yang juga penyampai radio Era FM memuat naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi ini memaklumkan terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.

(Artikel disiarkan di MyMetro pada Selasa, 6 Oktober 2015)

Jemput baca tanda-tanda penyakit resdung di sini. Penaykit resdung yang kronik boleh membawa maut. Jom kita sama-sama cegah sebelum parah. InsyaAllah.

5 Comments
  1. Rahasimah 1 year ago
    • KakTie 1 year ago
  2. Rahasimah 1 year ago
  3. Aina nazira 9 months ago
    • myadmin 8 months ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.