Pagi tadi KakTie ternampak beberapa kawan facebook share resepi nasi lemak viral ni. Terkejut tau tengok post resepi tu yang bertarikh 29 Januari 2016 dah mencapai 37K share. Jadi KakTie laju-laju “simpan” resepi kat sini. Senang nak rujuk nanti kan.

Post resepi ini ada dikongsikan oleh ownernyaΒ FB Noorastella Muhamma dalam group Makan Apa Hari Ni (MAHN). Owner telah izinkan sesiapa yang ingin mencuba resepi NASI LEMAK beliau. πŸ˜‰

Nampak tak ada 37K shares tu !!!

Saya ingin berkongsi tutorial step by step NASI LEMAK BERSERTA SAMBAL. Resepi ini saya sediakan setiap hari bagi menghasilkan 200 bungkus NASI LEMAK. Post tutorial yang agak panjang ini saya tujukan khas kepada kawan-kawan group MAHN yang ingin berniaga NASI LEMAK kerana tutorial nasi lemak ini saya sediakan dalam kuantiti yang banyak. Semoga bermanfaat buat kawan-kawan. Berniagalah dengan penuh keyakinan. Mudahan kita semua di murahkan rezeki yang halal. Amin.

Kita mulakan dengan cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, saya gunakan 2 mangkuk cili kering yang halus dan 6 mangkuk cili kering yang besar. Saya gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yang terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar.

Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.

Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.

Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau untuk pastikan cili kering masak dgn seimbang.

Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.

Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yang saya gunakan, proses blender saya sebanyak 5 kali. Simpan dalam besen dan ketepikan.

Kemudian, sediakan bahan-bahan untuk menumis sambal. Saya gunakan :

  • Bawang besar 8 biji
  • Bawang putih 3 labu
  • Serai 6 batang
  • Kunyit hidup sebesar jari kelingking
  • Halia sebesar ibu jari
  • Belacan 1 1/2 inci di bakar
  • Serbuk cili 6 sudu makan

Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.

Untuk blend bahan-bahan tumis, saya tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.

Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.

Sekarang kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Saya gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.

Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!

Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.

Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dlm semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang di tapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi sambal yg terbaik.

Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang di masak dengan waktu lama. Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu mlm. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu di panaskan dan fokus pada nasi pula.

Inilah sambal yang telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama,Β 3-4 jam.

Sekarang beralih pada penyediaan nasi pula. Kualiti gambar sedikit gelap kerana nasi ini saya sediakan pada waktu subuh. πŸ™‚ Saya gunakan 10 mangkuk beras untuk sekali masak. 10 mangkuk beras ini dapat menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan saya. Setiap hari saya akan masak 20 mangkuk beras. Bermakna, saya masak sekaligus menggunakan 2 kuali dan 2 periuk kukusan. Harap kawan2 jelas bahagian ini. πŸ™‚

Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih. Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi.

Untuk nasi, saya gunakan:

  • Halia sebesar ibu jari
  • Serai 4 batang
  • Beberapa helai daun pandan yang di simpul

Tuang beras dan bahan-bahan lain dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.

Untuk 10 mangkuk beras ini, saya gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.

Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.

Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.

Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Saya suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.

Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan untuk transfer ke dalam periuk kukusan yang sudah di panaskan.

Transfer nasi dari kuali sampai habis.

Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit.

Ini sedikit contoh hasil jualan harian saya. πŸ™‚

Lagi sedikit petua dari saya :

(1) Timun yang di gunakan untuk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan timun dari berair yang akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba waktu untuk menggunakannya.

(2) Kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yang terbungkus dalam plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sblm goreng, kacang yang terhasil sangat rangup.

(3) Ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang putih. Petua ini berguna untnk mengetahui samada ikan bilis cukup masak atau belum. Bila hirisan bawang putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun sudah cukup masak.

(4) Telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses pengupasan telur.

Tutorial by : Noorastella Muhamma
Date : 29 Januari 2016.

Selamat Mencuba !!!!

Resepi Nasi Lemak Viral 37K Share

16 thoughts on “Resepi Nasi Lemak Viral 37K Share

  • August 19, 2017 at 4:13 am
    Permalink

    Aslm. Puan boleh saya tau berapa besar mangkuk yang puan gunakan. Sebab dari gambar saya tak dapat nak pastikan. Dan izinkan saya guna resepi puan untuk perniagaan nasi lemak saya.

    Reply
    • August 20, 2017 at 4:46 am
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Wan Rosetta. πŸ˜‰

      Sebenarnya resepi ni bukan saya punya puan. Saya share kat blog sebagai rujukan sendiri. 😊 Owner resepi : FB Noorastella Muhamma.

      Rasanya saiz mangkuk kita makan biasa tu. Owner resepi mmg izinkan sesiapa nak guna resepi dia. Dia halalkan. πŸ‘

      Reply
  • August 21, 2017 at 2:21 am
    Permalink

    Terimakasih puan balas msg saya.

    Reply
    • August 24, 2017 at 2:25 pm
      Permalink

      Sama-sama. Terima kasih sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni. πŸ˜„

      Reply
  • August 22, 2017 at 12:22 pm
    Permalink

    Assalamualaikum puan.. Sy student.. Sedang mmbuat paper work utk nasi lemak kukus ni.. Blh sy tw x bahanΒ² diatas utk hidangan brp pax? Dan brp kg beras yg digunakan? Sy xtw 10cup tu brp kg.. Tq puan

    Reply
    • August 24, 2017 at 2:23 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Saiful. Menurut resepi owner tu resepi ni untuk 200 pax. Cuma berapa kg tu saya kurang pasti pulak. Sebab ini bukan resepi saya. Saya share dari group FB. Ada link fb owner asal resepi nasik lemak ni. 😊

      Reply
  • August 30, 2017 at 8:24 am
    Permalink

    Assalamualaikum..terima kasih atas perkongsiannya.

    Reply
    • October 29, 2017 at 10:51 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam. Terima kasih sudi baca. 😊

      Reply
  • October 26, 2017 at 2:50 am
    Permalink

    Assalamualaikum puan…sy dh cuba resepi nie….tp dapat 150 bungkus sahaja…

    Reply
    • October 29, 2017 at 10:49 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Amsya, ini bukan resepi saya. Saya cuma kongsikan resepi orang lain di blog saya sebagai rujukan saya. Owner resepi ada saya nyatakan dalam entry tersebut. 😊

      Reply
  • November 23, 2017 at 12:35 am
    Permalink

    Terima kasih….bgi resepi ni

    Reply
    • November 30, 2017 at 6:03 am
      Permalink

      Sama-sama Cik Norlie. Terima kasih sudi singgah blog saya. πŸ˜‰

      Reply
  • April 13, 2018 at 7:56 am
    Permalink

    terima kasih puan kerana sudi share resipi nasi lemak. Pertama kali sya dengar sambal tumis boleh letak serbuk cili.

    Reply
    • April 16, 2018 at 4:07 am
      Permalink

      Terima kasih sudi singgah sini. πŸ˜‰

      Reply
  • April 20, 2018 at 9:05 am
    Permalink

    Assalamualaikum. Puan….
    Terimakasih krn sudi share resepi ini.
    Hari ini sy dah pn coba resepi yg Puan share brsama…Tapi cm masak utk santapan famili kecil sy sjπŸ˜ƒ…Alhamdulilah menjadi😊…Sambal nya pekat dan sedap, itu kata suami sy😁😍…Nasi ny harum n lembut…Suami n anak sy mkn lahap smp sambal ny diratah camtu sjπŸ˜‚
    Terimakasih banyak pd owner resepi, FB Noorastella Muhamma😘😍 Semoga Allah SWT kan sntsa mmberi Puan rezeki yg melimpah ruah. Aamien YRA.

    Reply
    • April 20, 2018 at 3:44 pm
      Permalink

      Waalaikumsalam Puan Tia,

      Wahhhh mesti seronok kan bila tengok suami dan anak suka makan nasi lemak puan masak kali ni.

      Alhamdulillah saya tumpang gembira puan. Terima kasih tau atas doanya. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah juga buat Puan Tia sekeluarga. Aminn. 😘

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge