Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Masalah Cyst, Endometriosis, Fibroid Di Kalangan Wanita

Antara penyakit yang selalu ditemui di kalangan wanita ialah masalah cyst, endometriosis, fibroid. Kesemua masalah ini sangat dipengaruhi oleh masalah hormon wanita. Walaubagaimanapun masih ramai yang keliru tentang perbezaan di antara ketiga-tiga masalah tersebut.

Masalah Cyst, Endometriosis, Fibroid Di Kalangan Wanita

  • Ovarian Cyst

Semua wanita yang sihat dan subur akan mengeluarkan folikel ovari pada setiap bulan yang mengandungi telur (ovum). Ia akan pecah bila bersaiz sekitar 20mm ataupun 2cm diameter untuk mengeluarkan ovum tersebut semasa proses ovulasi. Ovarian cyst ialah folikel ovari mengandungi cecair yang membesar melebihi 20mm @ 2cm diameter dan tidak pecah, hingga adakalanya menyebabkan ketakselesaan, kesakitan ataupun masalah lain.

Sebenarnya tiada tanda-tanda awal bagi seorang wanita yang menunjukkan wanita itu mengalami ovarian cyst. Apabila saiz ovarian cyst yang sangat besar dan pecah, ia boleh menyebabkan pesakit akan mengalami sakit perut yang kuat secara tiba-tiba sehingga menyebabkan muntah dan mungkin  pitam atau pengsan.

Jika ovarian cyst membesar secara perlahan-lahan, pesakit merasai dirinya menjadi ‘gemuk’ kerana pakaian yang biasa dipakai semakin ketat atau berasa senak di bahagian bawah perut. Ada pesakit yang menyangka beliau hamil. Apabila menjalani pemeriksaan ultrasound, baru diketahui bahawa pesakit mempunyai ovarian cyst.

Walaubagaimanapun kebiasaannya ovarian cyst boleh datang bersama masalah kitaran haid yang tidak teratur, sakit ketika haid (senggugut) atau sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Apabila saiz ovarian cyst membesar, ia memberikan tekanan pada pundi kencing sehingga menyebabkan pesakit rasa kerap untuk kencing atau masalah kencing tidak lawas (kencing berulang-ulang).

Sekiranya anda mengalami simptom di atas boleh buat pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital berdekatan.

  • Endometriosis

Dalam keadaan normal, lapisan Endometrium (womb lining) hanya berada pada dinding rahim dan biasanya akan luruh bersama-sama darah dan juga kuman-kuman bakteria sebagai darah haid. Tetapi bagi kes Endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing.

‘Darah haid’ ini akan mula terkumpul menjadi cyst hingga sebabkan radang ataupun kesakitan, dan adakalanya mengganggu fungsi organ di sekitar bahagian pelvik. Ia berbentuk cecair darah yang pekat seperti coklat (hence the name “chocolate cyst”).

Endometriosis adalah penyakit biasa berlaku di kalangan wanita termasuklah wanita belum berkahwin. Malangnya mereka tidak mengetahui. Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui masalah mereka alami sekian lama sebenarnya tanda awal Endometriosis.

Antara tanda Endometriosis adalah :
– sakit teruk di bahagian dalam perut
– kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin
– sakit semasa haid (senggugut)
– pendarahan haid yang banyak
– pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid
– sukar hamil

Endometrisosi juga mengganggu kesuburan dan sukar hamil kerana endometriosis menyebabkan saluran fallopian tersumbat. Ini mengakibatkan embrio yang telah disenyawakan daripada sperma dan ovum tidak dapat dipindahkan ke dalam rahim.

  • Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan bukan kanser yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda. Ia juga boleh menimbulkan ketidakselesaan, kesakitan, gangguan kesuburan jika tak ditangani. Ia berbentuk pepejal.

This is a massive (2500 grams, 5.5 pounds) diseased human uterus with fibroids. 12MP camera.

Ketiga-tiga masalah di atas sangat dipengaruhi oleh hormon wanita. Jadi SEMUA WANITA BERISIKO mengalami mana-mana keadaan di atas, SELAGIMANA haid masih datang dan belum menopause.

Sekiranya doktor menyarankan anda menjalani pembedahan, saya mencadangkan anda turuti cadangan doktor. Kemungkinan saiznya sangat besar, ataupun ia memudaratkan. Dalam masa yang sama, saya galakkan anda terus mula amalkan suplemen untuk cegah daripada terus melarat.

Kalau dapat kecut sekali, itu satu bonus kan? Mana tahu lepas tu tak perlu operate pula kan? Ini yang berlaku kepada rakan saya sendiri. Nanti saya kongsikan dalam entry yang lain. 😉

Suplemen Untuk Masalah Cyst dan Fibroid

Perlu diingatkan bahawa SUPLEMEN BUKAN UBAT PENYEMBUH. Suplemen bantu beri sokongan nutrisi supaya badan jadi lebih sihat dan kuat untuk melawan penyakit.

Vitamin Antioksidan sangat penting untuk melindungi sel-sel badan daripada rosak disebabkan radang, radikal bebas dan sel-sel abnormal dalam badan.

Untuk kes cyst dan fibroid, vitamin antioksidan berperanan untuk menyekat pertumbuhan sel-sel tidak normal tadi. Sel Cyst dan fibroid boleh tumbuh semula walaupun sudah jalani pembedahan. Risiko itu sentiasa ada selagi kita masih ada haid.

PERINGATAN!

Set antioksidan ini BUKAN UNTUK IBU MENGANDUNG! sekiranya anda sedang mengandung dan alami cyst atau fibroid, sila dapatkan nasihat doktor.

Kesihatan itu LEBIH MAHAL harganya dari wang ringgit !


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk daftar keahlian “Nak Beli Set Antioksidan Shaklee“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

4 Comments
  1. Nur Razali 2 years ago
  2. KakTie 2 years ago
  3. hana 2 years ago
    • KakTie 2 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.