Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kencing Tidak Lawas Warga Emas Lelaki Petanda Prostat Bengkak ?

Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Lelaki

Ramai warga emas mengalami masalah kencing tidak lawas. Ianya lebih ketara dikalangan lelaki berbanding wanita. Dianggarkan sebanyak 30-40% warga emas lelaki mengalami masalah ini. Risiko mendapat gejala ini bertambah dengan peningkatan umur seseorang.

Kira-kira satu pertiga dari mereka yang mendapat gejala ini akan pulih. Satu pertiga stabil disatu tahap dan satu pertiga mengalami kemerosotan gejala. Bagi lelaki, kencing tidak lawas mungkin merupakan tanda kanser prostat. Bagi wanita, gejala ini biasanya melibatkan wanita yang sudah mengalami menopaus.

Kencing tidak lawas di kalangan lelaki biasanya disebabkan oleh masalah prostat atau kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing), batu dalam pundi kencing, kecederaan saraf tulang belakang dan otot pundi kencing yang lemah.

Ramai yang keliru antara kencing tidak lawas dengan kencing kerap. Hakikatnya kencing tidak lawas tidak sama dengan kencing kerap. Kencing tidak lawas disebabkan tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa. Jadi masih ada baki dalam pundi kencing pesakit.

Manakala kencing kerap pula selalunya disebabkan oleh masalah penyakit diabetis.  Kebiasanya jumlah air kencing banyak pada kencing yang pertama dan seterusnya. Setelah beberapa kali berulang ke tandas, selalunya pesakit akan menjadi lemah akibat dehidrasi. Tanda-tanda dehidrasi ialah mulutnya rasa kelat, bibirnya menjadi kering, rasa letih dan lemah badan.

Apakah gejala dan tanda kencing tidak lawas?

  • Aliran air kencing mengecil

  • Aliran air kencing tersekat-sekat

  • Air kencing menitis selepas buang air kecil

  • Rasa tidak puas selepas buang air kecil

Komplikasi

(1) Masalah retensi air kencing

  • Keadaan ini menyebabkan seseorang tidak dapat kencing langsung.

  • Jika berlaku secara akut, ia akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ari-ari.

  • Jika berlaku secara perlahan-lahan, ia akan menyebabkan otot-otot pundi kencing merenggang dan menjadi lemah. Jika berlanjutan, seseorang itu akan mengalami masalah kawalan dan pembuangan air kencing.

  • Rawatan masalah ini ialah dengan memasukkan tiub  kedalam pundi air kencing untuk menyalurkan air kencing keluar.

(2) Jangkitan saluran air kencing

  • Jangkitan  saluran air kencing boleh berlaku secara berulang kali.

  • Jangkitan  ini biasanya disebabkan oleh ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi air kencing dengan sepenuhnya. Air kencing yang bertakung menjadi penyebab kepada pembiakan bakteria.

  • Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah seperti kesakitan semasa kencing, perasaan terdesak untuk kencing yang datang secara tiba-tiba , kesakitan di bahagian ari-ari dan air kencing bertukar warna serta berbau.

    Off topic jap.

    KakTie pernah alami masalah jangkitan saluran kencing semasa proses melahirkan anak pertama. Akibatnya KakTie langsung tak boleh kencing !! Rasa nak kencing sangat-sangat tapi setitis pun tak keluar. Selepas berjam-jam melahirkan, ari-ari jadi sakit sangat sehingga tak boleh berdiri. Huhuu.. Doktor terpaksa masukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Fobia sungguh lahhh…T_T

(3) Batu karang

  • Batu karang boleh berlaku jika pundi air kencing  tidak dapat  dikosongkan dengan sempurna.

  • Gejala-gejala batu karang adalah seperti kesakitan di bahagian ari-ari, kesakitan semasa kencing  dan  kencing berdarah.

Walaubagaimanapun sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Cadangan Nutrisi Untuk Atasi Masalah Kencing Tidak Lawas

Di Shaklee ada beberapa vitamin yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah kencing tidak lawas. Antaranya :

(1) Garlic Complex : sumber antibakteria dan antibiotik semulajadi, untuk cegah jangkitan kuman, fungus dan kulat.

(2) Alfalfa Complex : sumber serat untuk melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air (water retention), dan kawal kandungan air dalam badan.

(3) Peppermint Ginger : bantu buang angin lebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Pudina & halia diguna secara tradisional untuk rawat Sindrom Gangguan Usus (IBS).

Cara dan aturan makan vitamin KakTie akan berikan selepas pembelian ye. Istimewa untuk anda yang membuat pembelian dari KakTie sahaja. 😉


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk order “Set Vitamin Kencing Tak Lawas“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.