Kenali KakTie

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat datang kepada rakan-rakan yang sudi singgah blog KakTie. 😉

Sebenarnya ini blog kedua KakTie selain blog www.rahsiavitamin.com (RV) yang kini diambil alih oleh suami KakTie. KakTie pula menulis di blog baru ini. Kami bersama-sama menulis. Hehe…Blog RV merupakan blog Shaklee pertama KakTie sejak mula KakTie buat bisnes Shaklee pada tahun 2010 hingga lah sekarang.

Serba sedikit pengenalan diri KakTie buat kawan-kawan yang baru pertama kali singgah blog baru KakTie yang masih belum cukup perabot ni. Hihii.

Siapa KakTie ?

KakTie pernah bekerja selepas tamatkan pengajian Ijazah Teknologi Maklumat di Unversity Okayama, Jepun pada tahun 2003. KakTie mulakan kerjaya sebagai seorang Jurutera di sebuah kilang Jepun di Bandar Jengka, Pahang. KakTie berasal dari Bera, Pahang. Sebab itulah KakTie pilih untuk bekerja di negeri Pahang. Konon-konon dekat nak balik kampung.

Selepas 3 tahun berkhidmat, alhamdulillah jodoh sampai. Tetapi suami KakTie bekerja di Pasir Gudang, Johor. Jadi KakTie ambil keputusan untuk resign dan ikut suami berpindah ke Johor pada bulan Julai 2006.

Selepas berpindah ke Pasir Gudang, Johor KakTie sempat bekerja selama 3 bulan je sebelum ikut suami berpindah ke Kulai. Sehinggalah ke hari ini KakTie dah 11 tahun menetap di Kulai, Johor. Setia menjadi surirumah sepenuh masa hingga KakTie memilih untuk jalankan bisnes Shaklee sepenuh masa menggunakan medium ONLINE pada tahun 2010. Waktu tu KakTie mencari suplemen untuk penyusuan anak kedua KakTie (sekarang dah darjah 1 hero ensem KakTie tu).

Tahun 2017 merupakan tahun ke-7 KakTie bergelar Work At Home Mom. Ibu yang bekerja dari rumah. Masih setia dengan bisnes Shaklee.

Master Coordinator Shaklee

Alhamdulillah selepas bertungkus lumus KakTie berjaya meraih pangkat tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator Shaklee pada bulan Januari 2014.

Makin tinggi pangkat, maka makin beratlah tugas dan tanggungjawab yang KakTie kena pikul untuk bantu seluruh ahli Shaklee yang berdaftar di bawah group KakTie. KakTie akan berikan sepenuh usaha untuk bantu mereka meraih pendapatan bulanan 3, 4 dan 5 angka bersama Shaklee. Perjalanan KakTie masih jauh ! Hasrat besar KakTie nak lihat semua anak didik KakTie dalam team KamiDutaShaklee berjaya capai cita-cita dalam hidup mereka. InsyaAllah amin.

  1. Bebas kewangan
  2. Bebas masa
  3. Pencen muda
  4. Jutawan dermawan

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Yang KakTie Dah Dapat

Selain dari harga ahli yang jauh lebih murah, KakTie dah dapat rasa semua 3C yang Shaklee tawarkan kepada semua ahli Shaklee.

1C – Cash Bonus (Tunai)

Alhamdulillah sejak mula KakTie join ahli August 2010 sehingga ke hari ini KakTie dapat merasa cash bonus setiap bulan dari Shaklee hasil dari jualan produk yang KakTie dan team kumpul setiap bulan.

Apa yang bestnya, bonus Shaklee akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank kita pada setiap 14hb. “Gaji” di tengah bulan. Best kan ? Kalau yang buat part time, tengah bulan dapat gaji Shaklee, hujung bulan gaji kerja hakiki pula. Wah wahhhh seronokkk kan ? Gaji 2x sebulan.

2C – Car Bonus (tunai)

Selepas anda berjaya melepasi syarat jualan tertentu selama 3 @ 4 bulan berturut-turut, anda akan diiktiraf sebagai Car Bonus Achiever. Di mana anda akan menerima cash bonus TAMBAHAN setiap bulan sebagai bonus kereta.

Shaklee TIDAK beri kereta fizikal tetapi Shaklee beri dalam bantuk TUNAI. Jadi anda bebas nak gunakan wang tersebut untuk beli kereta, rumah atau saving sahaja. Alhamdulillah bonus kereta KakTie setiap bulan mencapai 4 angka sejak bulan Julai 2012 sehingga ke hari ini.

3C – Convention @ FREE TRIP tajaan Shaklee

Perbezaan percutian percuma Shaklee berbanding syarikat lain adalah Shaklee benarkan anda bawa seluruh ahli keluarga anda. Anda hanya perlu bekerja keras untuk kumpul tiket percuma untuk ahli keluarga yang anda ingin bawa bersama. Bukan hanya pasangan anda malah termasuk :

  • suami
  • isteri
  • anak-anak (4 tahun ke atas)
  • ibu
  • ayah
  • mertua
  • adik beradik (untuk ahli yang bujang sahaja)

Hadiah Pakej Percutian Umrah Istanbul Percuma Buat Mak Abah

KakTie belanja gambar ajelah ye. Nanti KakTie buat entry special tentang percutian istimewa untuk Mak Abah yang KakTie sayang. Tunggu ok.

Keluar Dari Zon Selesa Demi Masa Depan Keluarga

Jika anda sedang mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya surirumah sepenuh masa, student yang ingin mencari pekerjaan yang menjamin masa depan selepas tamat belajar, KakTie boleh tunjukkan jalan. Selebihnya anda USAHAKAN dengan bersungguh-sungguh.

Kita BUAT SAMPAI JADI !!!! InsyaAllah.

KakTie
Mentor Biz Shaklee Online
WhatsApp 019-7200429