Category Archive Panduan Umum

Bymyadmin

Kenapa Kita Perlukan Suplemen ?

Kenapa Kita Perlukan Suplemen ?

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh sana sini di laman sosial Facebook hingga menjadi viral komen beberapa doktor perubatan yang mengatakan tidak perlu ambil suplemen kerana boleh menyebabkan hati dan buah pinggang rosak. ๐Ÿ˜

Benarkah begitu sekali bahayanya suplemen kepada tubuh kita ? Mari kita baca penerangan Dr Norman Norawiย di laman Facebook beliau tentang isu suplemen ni.

Perlukah Pengambilan Suplemen Setiap Hari ?

 

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran.

Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Read More

Bymyadmin

Resepi Nasi Lemak Viral 37K Share

Pagi tadi KakTie ternampak beberapa kawan facebook share resepi nasi lemak viral ni. Terkejut tau tengok post resepi tu yang bertarikh 29 Januari 2016 dah mencapai 37K share. Jadi KakTie laju-laju “simpan” resepi kat sini. Senang nak rujuk nanti kan.

Nampak tak ada 37K shares tu !!!

*Credit : FB Noorastella Muhamma

Saya ingin berkongsi tutorial step by step NASI LEMAK BERSERTA SAMBAL. Resepi ini saya sediakan setiap hari bagi menghasilkan 200 bungkus NASI LEMAK. Post tutorial yang agak panjang ini saya tujukan khas kepada kawan-kawan group MAHN yang ingin berniaga NASI LEMAK kerana tutorial nasi lemak ini saya sediakan dalam kuantiti yang banyak. Semoga bermanfaat buat kawan-kawan. Berniagalah dengan penuh keyakinan. Mudahan kita semua di murahkan rezeki yang halal. Amin.

Kita mulakan dengan cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, saya gunakan 2 mangkuk cili kering yang halus dan 6 mangkuk cili kering yang besar. Saya gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yang terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar.

Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.

Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.

Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau untuk pastikan cili kering masak dgn seimbang.

Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.

Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yang saya gunakan, proses blender saya sebanyak 5 kali. Simpan dalam besen dan ketepikan.

Kemudian, sediakan bahan-bahan untuk menumis sambal. Saya gunakan :

  • Bawang besar 8 biji
  • Bawang putih 3 labu
  • Serai 6 batang
  • Kunyit hidup sebesar jari kelingking
  • Halia sebesar ibu jari
  • Belacan 1 1/2 inci di bakar
  • Serbuk cili 6 sudu makan

Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.

Untuk blend bahan-bahan tumis, saya tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.

Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.

Sekarang kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Saya gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.

Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!

Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.

Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dlm semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang di tapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi sambal yg terbaik.

Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang di masak dengan waktu lama. Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu mlm. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu di panaskan dan fokus pada nasi pula.

Inilah sambal yang telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama,ย 3-4 jam.

Sekarang beralih pada penyediaan nasi pula. Kualiti gambar sedikit gelap kerana nasi ini saya sediakan pada waktu subuh. ๐Ÿ™‚ Saya gunakan 10 mangkuk beras untuk sekali masak. 10 mangkuk beras ini dapat menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan saya. Setiap hari saya akan masak 20 mangkuk beras. Bermakna, saya masak sekaligus menggunakan 2 kuali dan 2 periuk kukusan. Harap kawan2 jelas bahagian ini. ๐Ÿ™‚

Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih. Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi.

Untuk nasi, saya gunakan:

  • Halia sebesar ibu jari
  • Serai 4 batang
  • Beberapa helai daun pandan yang di simpul

Tuang beras dan bahan-bahan lain dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.

Untuk 10 mangkuk beras ini, saya gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.

Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.

Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.

Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Saya suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.

Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan untuk transfer ke dalam periuk kukusan yang sudah di panaskan.

Transfer nasi dari kuali sampai habis.

Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit.

Ini sedikit contoh hasil jualan harian saya. ๐Ÿ™‚

Lagi sedikit petua dari saya :

(1) Timun yang di gunakan untuk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan timun dari berair yang akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba waktu untuk menggunakannya.

(2) Kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yang terbungkus dalam plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sblm goreng, kacang yang terhasil sangat rangup.

(3) Ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang putih. Petua ini berguna untnk mengetahui samada ikan bilis cukup masak atau belum. Bila hirisan bawang putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun sudah cukup masak.

(4) Telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses pengupasan telur.

Tutorial by : Noorastella Muhamma
Date : 29 Januari 2016.

Selamat Mencuba !!!!