Category Archive Masalah Kesihatan

Bymyadmin

Kenapa Kita Perlukan Suplemen ?

Kenapa Kita Perlukan Suplemen ?

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh sana sini di laman sosial Facebook hingga menjadi viral komen beberapa doktor perubatan yang mengatakan tidak perlu ambil suplemen kerana boleh menyebabkan hati dan buah pinggang rosak. 😏

Benarkah begitu sekali bahayanya suplemen kepada tubuh kita ? Mari kita baca penerangan Dr Norman Norawi di laman Facebook beliau tentang isu suplemen ni.

Perlukah Pengambilan Suplemen Setiap Hari ?

 

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran.

Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Read More

Bymyadmin

Masalah Cyst, Endometriosis, Fibroid Di Kalangan Wanita

Antara penyakit yang selalu ditemui di kalangan wanita ialah masalah cyst, endometriosis, fibroid. Kesemua masalah ini sangat dipengaruhi oleh masalah hormon wanita. Walaubagaimanapun masih ramai yang keliru tentang perbezaan di antara ketiga-tiga masalah tersebut.

Masalah Cyst, Endometriosis, Fibroid Di Kalangan Wanita

  • Ovarian Cyst

Semua wanita yang sihat dan subur akan mengeluarkan folikel ovari pada setiap bulan yang mengandungi telur (ovum). Ia akan pecah bila bersaiz sekitar 20mm ataupun 2cm diameter untuk mengeluarkan ovum tersebut semasa proses ovulasi. Ovarian cyst ialah folikel ovari mengandungi cecair yang membesar melebihi 20mm @ 2cm diameter dan tidak pecah, hingga adakalanya menyebabkan ketakselesaan, kesakitan ataupun masalah lain. Read More

Bymyadmin

Shahrol Shiro Kena Bedah Akibat Jangkitan Sinus (Resdung)

Jangkitan sinus juga disebut sebagai resdung. Bahaya resdung ni kan ? Kadang-kadang kita tak perasan gejala yang kita alami itu merupakan tanda-tanda penyakit resdung.

Seperti yang dialami oleh pelawak popular, Shahrol Shiro 2 tahun lepas. Beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan sinus di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus. (Baca tanda-tanda penyakit resdung di sini)

Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan menghidap penyakit berkenaan serta perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena.

“Berikutan tidak cukup rehat, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.

“Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Shahrol yang juga penyampai radio Era FM memuat naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi ini memaklumkan terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.

(Artikel disiarkan di MyMetro pada Selasa, 6 Oktober 2015)

Jemput baca tanda-tanda penyakit resdung di sini. Penaykit resdung yang kronik boleh membawa maut. Jom kita sama-sama cegah sebelum parah. InsyaAllah.

Bymyadmin

11 Tanda-tanda Penyakit Resdung


Dianggarkan 50-60% rakyat Malaysia menghidapi penyakit resdung. Malah mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 25% penduduk Malaysia menghidapi penyakit resdung yang kronik. Ada di antara kita yang tidak perasan mereka menghidap resdung kerana tidak sedar tanda-tanda penyakit resdung yang terjadi pada diri sendiri.

Tahukah anda bahawa penyakit resdung kronik boleh membawa maut. Marilah kita bersama-sama mencegah sebelum ia menjadi parah.

Apakah Itu Sinus ?

Di dalam tengkorak manusia di bahagian muka, terdapat rongga berisi udara yang dilapisi oleh membran. Rongga ini dipanggil Sinus. Membran yang menyelaputi rongga sinus berperanan mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Ingat tau Sinus tu rongga udara di tengkorak muka kita. Jadi resdung tu apa pula ye ? Ramai yang confuse antara Sinus dan Resdung kan ?

Apakah Itu Resdung ?

Radang sinus (sinusitis) adalah keadaan dimana terjadinya lebihan mukus dalam rongga sinus yang menyebabkan jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus inilah dinamakan Resdung. Jika keadaan semakin teruk, anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat jangkitan sinus seperti yang dialami oleh Shahrol Shiro. (baca sini)

Lepas ni jangan ingat Sinus tu Resdung tau. Semua orang ada sinus. Bezanya tak semua orang ada resdung. 😉

Radang sinus (Resdung) boleh terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu radang sinus akut dan radang sinus kronik.

Radang sinus boleh disebabkan oleh :

  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Tanda-tanda Penyakit Resdung

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini terhadap penduduk Malaysia seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

Antara tanda-tanda anda mungkin telah menghidapi penyakit resdung adalah :

#1. Hidung Berair & Tersumbat

Sering alami masalah hidung berair dan tersumbat. Ibarat anda dan sapu tangan tidak dapat dipisahkan lagi. Hidung sok sek sok sek tak sembuh-sembuh.

#2. Kerap Bersin Di Waktu Pagi

Mereka yang ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi. Atau waktu yang sejuk. Bersin diikuti hidung sok sek sok sek.

#3. Gatal Mata

Sering merasa gatal di sekitar bahagian mata. Tangan asyik nak menggosok mata aje. Boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan.

#4. Nafas & Mulut Berbau

Nafas dan mulut penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau.

#5. Tidur Berdengkur

Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat. Ya, anda akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung.

#6. Hilang Deria Bau

Apabila resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik.

#7. Selsema Berpanjangan

Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah nak cabut aje hidung tinggal kat rumah. Siksa kan waktu bekerja asyik sok sek sok sek.

#8. Naik Jerawat

Jerawat naik agak teruk di muka atau di bahagian badan.

#9. Sakit Kepala

Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain.

#10. Bertindakbalas Dengan Makanan Terperap (belacan, budu, cencalok etc) Dan Makanan Laut

Merasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya.

#11. Batuk yang teruk di waktu malam

Ada kalanya boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Hidung ter-block sendiri.

Cadangan Rawatan Resdung

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit resdung di atas, sila dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin)
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Anda boleh lakukan langkah di bawah untuk mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing
  • Kurangkan penggunaan karpet di rumah yang boleh merangkap habuk dan debu
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

Selain dari itu, anda boleh amalkan pengambilan suplemen untuk bantu mengurangkan gejala radang sinus. Nutrisi yang dicadangkan dalam Set Resdung Shaklee untuk anda penghidap resdung adalah :

  1. Vitamin C – merupakan antihistamin yang berkesan mengurangkan resdung
  2. Garlic – merupakan antibiotik semulajadi dari sumber bawang putih bertindak untuk melawan jangkitan bakteria
  3. Alfalfa – membantu mengurangkan keradangan atau bengkak di dalam hidung
  4. Vivix – minuman botanik kaya dengan resveratrol, anti radang yang berupaya menghalang rembesan pesakit resdung

Kesihatan itu LEBIH MAHAL harganya dari wang ringgit !


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk daftar keahlian “Nak Beli Set Resdung Shaklee“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Bymyadmin

Pengedar Shaklee Aktif Di Telipok Ria Dan Tuaran Sabah

Salam hujung minggu semua. Malam ni KakTie nak share dengan awak semua salah seorang team mate KakTie dalam team KamiDutaShaklee. Puan Catherinesiena Ginting atau lebih mesra disapa dengan nama Kate. Kate berasal dari negeri Sabah dan menetap di Telipok Ria, Sabah. Power kan bisnes online ni. KakTie di Johor semenanjung Malaysia, Kate pula berada di kepulauan Borneo di seberang laut cina selatan sana. Jarak beribu batu jauh tak jadi penghalang untuk kami bersatu di dalam satu pasukan Shaklee. Kate menjadi wakil Shaklee Telipok Ria dan Shaklee Sabah untuk team KakTie.

Peribadi Kate Di Mata KakTie

Kate di mata KakTie salah seorang yang sangat rajin belajar, rajin update blog dan facebook setiap hari. Pendek kata Kate bukan seorang yang suka menunggu untuk disuap. Sangat berdikari dan sangat kuat berusaha. Tidak pernah beri alasan TIDAK. Kate merupakan seorang surirumah sepenuh masa dengan 2 anak kecil (Ellie dan Eden). Namun itu tidak menghalang Kate untuk berkongsi tentang Shaklee dengan lebih ramai orang secara online setiap hari.

KakTie doakan Kate berjaya jadi Leader Shaklee bulan May 2017 ini. InsyaAllah amin. Kawan-kawan doakan Kate juga ye. 😉

Kate bersama 2 baby Shakleenya, Ellie dan Eden.

Bagaimana Kate bermula dengan Shaklee ?

Macam mana saya boleh terjebak dengan shaklee. Saya start kenal shaklee pada tahun 2012 di facebook. Cari-cari sebab untuk skincare, weightgain sama rambut gugur. Masa tu saya cuba ESP, B-Complex dan Zinc. Sebelum ni tak pernah cuba suplemen sebab takut kesan sampingan yang tak bagus. Suplemen shaklee adalah suplemen pertama yang saya makan. Pasal efek dari 3 vitamin yang saya ambil ni, muka ada perubahan sikit, ada cerah sikit dan kurang berminyak. Tapi tak ketara sebab tak konsisten makan. Then join shaklee pada 2013.

Dari ikthiar hamil (TTC), bantu ovarian cyst, masa mengandung, berpantang dan sampai lah sekarang menyusu, saya cuma amalkan shaklee dan syukur hasil memang memuaskan. Asal ada sakit sikit mesti cari vitamin shaklee. Ubat lain tak ambil dah. Masa mengandung anak kedua pun saya ambil set mengandung lengkap dan tak makan ubat klinik bagi.

Masa pantang anak pertama pun saya ambil set berpantang full. Syukur luka pembedahan cepat baik. (Anak pertama operate 4/15, Anak kedua bersalin normal 1/17)

Dan paling best join shaklee dapat bonus setiap bulan. Berbaloi masuk member. Dapat diskaun dan bonus!!

Antara set Shaklee yang Kate pernah dan sedang amalkan sehingga sekarang adalah :

  • set naikkan berat badan
  • vitamin untuk atasi masalah rambut gugur
  • set kesuburan
  • vitamin untuk masalah ovarian cyst
    (Cyst Kate tak jadi dibedah selepas amalkan Shaklee. Nanti KakTie akan kongsikan dalam entry lain ok)
  • set mengandung
  • set berpantang
  • set menyusu

Dan yang paling menariknya hasil jualan untung runcit dan bonus Shaklee setiap bulan, Kate dapat belikan Vivix Shaklee, suplemen antioksidan paling ohsem dan paling mahal buat ibu ayah di kampung. Subhanallah ! Seronok kan. Dengan berbisnes dapat bantu Kate supply vitamin untuk kesihatan ibu dan ayahnya setiap bulan.

Cara Hubungi Kate Ginting

Anda boleh hubungi Kate untuk dapatkan produk Shaklee (ready stock sentiasa ada) atau daftar keahlian Shaklee.

KATE GINTING
Founder DePhoenix Team
FB : Kate Ginting
Blog : www.kateginting.com
HP : 016-842 5632

Shaklee Telipok Ria, Tuaran, Pekan Nabalu, Kota Kinabalu, Sabah

Bymyadmin

Kencing Tidak Lawas Warga Emas Lelaki Petanda Prostat Bengkak ?

Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Lelaki

Ramai warga emas mengalami masalah kencing tidak lawas. Ianya lebih ketara dikalangan lelaki berbanding wanita. Dianggarkan sebanyak 30-40% warga emas lelaki mengalami masalah ini. Risiko mendapat gejala ini bertambah dengan peningkatan umur seseorang.

Kira-kira satu pertiga dari mereka yang mendapat gejala ini akan pulih. Satu pertiga stabil disatu tahap dan satu pertiga mengalami kemerosotan gejala. Bagi lelaki, kencing tidak lawas mungkin merupakan tanda kanser prostat. Bagi wanita, gejala ini biasanya melibatkan wanita yang sudah mengalami menopaus.

Kencing tidak lawas di kalangan lelaki biasanya disebabkan oleh masalah prostat atau kencing kotor (jangkitan kuman pada pundi kencing), batu dalam pundi kencing, kecederaan saraf tulang belakang dan otot pundi kencing yang lemah.

Ramai yang keliru antara kencing tidak lawas dengan kencing kerap. Hakikatnya kencing tidak lawas tidak sama dengan kencing kerap. Kencing tidak lawas disebabkan tidak semua air kencing dikeluarkan dalam satu masa. Jadi masih ada baki dalam pundi kencing pesakit.

Manakala kencing kerap pula selalunya disebabkan oleh masalah penyakit diabetis.  Kebiasanya jumlah air kencing banyak pada kencing yang pertama dan seterusnya. Setelah beberapa kali berulang ke tandas, selalunya pesakit akan menjadi lemah akibat dehidrasi. Tanda-tanda dehidrasi ialah mulutnya rasa kelat, bibirnya menjadi kering, rasa letih dan lemah badan.

Apakah gejala dan tanda kencing tidak lawas?

  • Aliran air kencing mengecil

  • Aliran air kencing tersekat-sekat

  • Air kencing menitis selepas buang air kecil

  • Rasa tidak puas selepas buang air kecil

Komplikasi

(1) Masalah retensi air kencing

  • Keadaan ini menyebabkan seseorang tidak dapat kencing langsung.

  • Jika berlaku secara akut, ia akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat di bahagian ari-ari.

  • Jika berlaku secara perlahan-lahan, ia akan menyebabkan otot-otot pundi kencing merenggang dan menjadi lemah. Jika berlanjutan, seseorang itu akan mengalami masalah kawalan dan pembuangan air kencing.

  • Rawatan masalah ini ialah dengan memasukkan tiub  kedalam pundi air kencing untuk menyalurkan air kencing keluar.

(2) Jangkitan saluran air kencing

  • Jangkitan  saluran air kencing boleh berlaku secara berulang kali.

  • Jangkitan  ini biasanya disebabkan oleh ketidakupayaan untuk mengosongkan pundi air kencing dengan sepenuhnya. Air kencing yang bertakung menjadi penyebab kepada pembiakan bakteria.

  • Gejala-gejala jangkitan salur kencing adalah seperti kesakitan semasa kencing, perasaan terdesak untuk kencing yang datang secara tiba-tiba , kesakitan di bahagian ari-ari dan air kencing bertukar warna serta berbau.

    Off topic jap.

    KakTie pernah alami masalah jangkitan saluran kencing semasa proses melahirkan anak pertama. Akibatnya KakTie langsung tak boleh kencing !! Rasa nak kencing sangat-sangat tapi setitis pun tak keluar. Selepas berjam-jam melahirkan, ari-ari jadi sakit sangat sehingga tak boleh berdiri. Huhuu.. Doktor terpaksa masukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Fobia sungguh lahhh…T_T

(3) Batu karang

  • Batu karang boleh berlaku jika pundi air kencing  tidak dapat  dikosongkan dengan sempurna.

  • Gejala-gejala batu karang adalah seperti kesakitan di bahagian ari-ari, kesakitan semasa kencing  dan  kencing berdarah.

Walaubagaimanapun sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

Cadangan Nutrisi Untuk Atasi Masalah Kencing Tidak Lawas

Di Shaklee ada beberapa vitamin yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah kencing tidak lawas. Antaranya :

(1) Garlic Complex : sumber antibakteria dan antibiotik semulajadi, untuk cegah jangkitan kuman, fungus dan kulat.

(2) Alfalfa Complex : sumber serat untuk melawaskan penghadaman, kurangkan bengkak air (water retention), dan kawal kandungan air dalam badan.

(3) Peppermint Ginger : bantu buang angin lebihan dalam usus, kurangkan rasa loya dan kembung perut. Pudina & halia diguna secara tradisional untuk rawat Sindrom Gangguan Usus (IBS).

Cara dan aturan makan vitamin KakTie akan berikan selepas pembelian ye. Istimewa untuk anda yang membuat pembelian dari KakTie sahaja. 😉


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk order “Set Vitamin Kencing Tak Lawas“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Bymyadmin

5 Tips Penjagaan Mak Ayah Pesakit Diabetes

Kencing Manis

Diabetes Mellitus atau nama mudahnya Kencing Manis sangat kerap menyerang golongan yang berusia. Ini adalah kerana di usia emas kebiasaannya aktiviti harian dah berkurang, dah tak bekerja, jarang-jarang dapat keluarkan peluh seperti waktu muda-muda kan. Akibatnya gula dari makanan yang kita ambil setiap hari tidak digunakan sepenuhnya lalu terkumpul  dan tersimpan di dalam badan.

Paras gula yang tinggi dalam badan boleh meningkatkan risiko rabun mata, kegagalan fungsi buah pinggang yang serius (risiko dialisis), kerosakan hati, saraf, jantung & luka lambat sembuh hingga terpaksa dipotong.

Walaubagaimanapun di zaman serba moden ini bukan warga emas sahaja yang terdedah kepada penyakit kencing manis tau. Orang muda malah kanak-kanak ada yang telah didiagnos sebagai pesakit kencing manis. Ini berpunca daripada faktor pemakanan harian kita yang tidak sihat.

Terlalu banyak makanan segera dan minuman berkarbonat dipasaran. Sehingga ada yang menjual air karbonat di luar pagar sekolah. Saya berasa amat kesian melihat anak-anak yang berpusu-pusu beratur nak beli ‘air gas’ setiap kali selepas tamat waktu persekolahan. Apalah nak jadi kan dengan masa depan anak-anak kita nanti.

Pagi ini KakTie nak kongsikan petikan dari Facebook peribadi Dr Taufiq Razif tentang tips penjagaan mak ayah yang menghidap kencing manis.

Tips Penjagaan Mak Ayah Yang Menghidap Kencing Manis

Kaki Pakcik Tu Jadi Hitam Akibat….

Sedih saya bila ada sorang pakcik datang dengan kaki yang hitam dan berbau mengalahkan bau mayat.

Rupanya sebab kat rumah takde siapa yang tolong tengokkan. Pakcik tu dah lama kena penyakit kencing manis atau istilah kat hospital biasanya dipanggil Diabetes Mellitus ( DM ). Kalau la gula pakcik ni terkontrol dan kakinya dijaga dengan elok, komplikasi camni mungkin takkan terjadi.

Mak ayah kita yang kencing manis ni 10 kali ganda lebih berisiko untuk kakinya dipotong tau berbanding orang normal akibat daripada kerosakan saraf, pembuluh darah dan jangkitan kuman. Ini la sebabnya kita sebagai anak kena pastikan kaki mak ayah kita yang ada kencing manis ni dijaga dengan elok. Sebab tu kita sebagai anak kena :

1. Periksa kaki mak ayah tiap-tiap hari. Kadang-kadang mak ayah kita terpijak kaca, tersadung bucu simen lantai atau tersepak tangga tanpa diorang sedar. Orang yang kena kencing manis ni biasanya dah tak rasa sakit dah sebab saraf kakinya dah rosak. Sedar-sedar je kaki dah membusuk!

2. Pakaikan stokin dan jangan biarkan mak ayah kita yang kencing manis tu berjalan dengan berkaki ayam. Anggap la kaki diorang tu serapuh rapuh anggota badan yang perlu dilindungi.

3. Cuci kaki diorang setiap hari. Bersih dan keringkan dengan teliti. Pastikan juga kulitnya tak terlalu kering. Boleh mintak krim pelembap kulit yang sesuai dengan doktor masing-masing ye.

4. Pilihkan kasut yang terbaik untuk mak ayah kita. Pastikan kasut tu jenis yang tak membuatkan kaki mak ayah kita melecet. Jangan main-main dengan orang yang ada penyakit kencing manis ni. Kaki yang melecet sikit pun boleh menyebabkan komplikasi serius yang akhirnya menyebabkan kaki mak ayah kita dipotong tau.

5. Selain penjagaan kaki, pastikan juga paras gula mak ayah kita dalam keadaan yang terkontrol ye. Pastikan ubat dan insulin diambil dalam waktu yang ditetapkan. Tengok jugak menu yang mak ayah kita makan tiap hari. Orang tua ni kadang-kadang lucu jugak. Dia suka sorokkan makanan manis kat dalam peti ais dan almari sebab taknak kita tahu yang diorang makan makanan yang manis.

Apa pun jangan mudah menyerah kalah untuk jaga kedua ibu bapa kita ye. Kadang kala tu diorang memang banyak karenah dan perangai tapi itu lah ibu bapa kita. Sebagaimana mereka menerima karenah dan perangai kita sejak daripada kecil sampai la ke besar, begitu lah sepatutnya kita menerima mereka seadanya.

Jangan sampai kecuaian kita dalam menjaga mak ayah kita menyebabkan penyakit kencing manis mereka makin teruk dan akhirnya berakhir di hospital dengan kakinya terpaksa dipotong untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius. Jadi apa lagi, jom sebarkan info ni biar lebih banyak yang sedar betapa pentingnya jaga mak ayah yang ada penyakit kencing manis ni.

p/s : Biasanya orang kencing manis ni berakhir juga dengan komplikasi ke mata, buah pinggang, jantung dan saraf. Ini semua bukan sebab makan ubat doktor ye tapi tapi ni memang efek daripada kencing manis tu sendiri

 

Kita boleh hindarkan penyakit diabetes ini. Jaga pemakanan harian kita, kurangkan makanan dan minuman manis, lebihkan minum air kosong, banyakkan sayuran dan buah-buahan serta lakukan senaman. Ada orang amalkan pemakanan suplemen sebagai “pembantu” untuk cegah penyakit kencing manis sebelum ia datang menyinggah.

Kita mampu mengubahnya kan. Cegah sebelum parah !

KakTie
Blogger Sihat

Bymyadmin

Ibu Risau Silau Mata Adik Yaya Makin Naik

Hai semua. KakTie nak share hal semalam. Lepas suami usai solat Jumaat, KakTie singgah Mutiara Rini di Skudai untuk hantarkan Carotomax yang biasanya kami panggil sebagai vitamin mata untuk adik Yaya. Umur Yaya baru 10 tahun.

Kata ibu adik Yaya, bacaan silau mata Yaya dah makin naik dek kerana banyak sangat tengok gadget. Sekarang ni ibu Yaya dah stop semua gadget sebab taknak mata Yaya makin teruk. Katanya lagi, dalam kelas Yaya kurang nampak apa yang cikgu tulis di papan putih lebih-lebih lagi apabila ada cahaya terang. Kat rumah pun Yaya terpaksa mengecilkan mata setiap kali menonton televisyen kerana silau.

AJAR ANAK SAYANG MATA SENDIRI

Samalah dengan dua beradik kat rumah ni. KakTie dah lama stopkan gadget. Kalau tak… asyik nak mengadappppp gadget tu je. Kesiankan mata anak-anak kita. Lama lagi nak pakai kan. 😣

Kalau mata rabun, kesian anak tak nampak jelas apa cikgu tulis kat dalam kelas. Sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran anak-anak kan. Biarlah anak merajuk sekejap je tak dapat main tu. Dalam masa sama KakTie terangkan kenapa tak boleh main. Kenapa kena sayang mata.

Kena bersyukur Allah dah bagi kita mata yang sihat dapat melihat. Jadi kenaaaa jaga baik-baik. Lagipun mata kita ni tak jual kat kedai. Kalau rosak, takde ganti nanti. Alhamdulillah anak-anak faham. ❤

PURCHASE WITH PURCHASE (PWP) OFFER !!

Oh ya ! KakTie nak bagitau ni. Bulan Januari 2017 ni Shaklee ada offer taw. Dengan setiap pembelian mana-mana produk Shaklee 150 point atau lebih kurang RM450-500 dalam SATU resit, awak semua layak untuk :-

(1) Beli 1 botol Carotomax AUTOMATIK dapat sebotol Carotomax secara PERCUMA !!!
Bayar 1 botol dapat 2 botol gituuuu.

(2) Beli 1 multistack @ mangkuk tingkat super comel Shaklee dengan harga RM13.78 sahaja !

KakTie
Berkongsi untuk sihat bersama-sama. ❤
019-7200429