Author Archive myadmin

Bymyadmin

Kenapa Kita Perlukan Suplemen ?

Kenapa Kita Perlukan Suplemen ?

Beberapa hari kebelakangan ini kecoh sana sini di laman sosial Facebook hingga menjadi viral komen beberapa doktor perubatan yang mengatakan tidak perlu ambil suplemen kerana boleh menyebabkan hati dan buah pinggang rosak. 😏

Benarkah begitu sekali bahayanya suplemen kepada tubuh kita ? Mari kita baca penerangan Dr Norman Norawi di laman Facebook beliau tentang isu suplemen ni.

Perlukah Pengambilan Suplemen Setiap Hari ?

 

Jika kita ke farmasi atau klinik kita akan melihat pelbagai jenis pil-pil suplemen atau vitamin dan mineral yang dijual. Pelbagai promosi dan iklan di media massa tentang pelbagai jenis suplemen yang dijual dipasaran.

Suplemen atau makanan tambahan adalah zat-zat makanan mikro atau surih yang perlu kita ambil setiap hari untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Read More

Bymyadmin

Wang Nafkah Bulanan Isteri

Isu wang nafkah bulanan isteri sering didebatkan di media sosial. Tetapi sejauh mana benarnya fakta tersebut sebaiknya rujuklah kepada yang lebih arif dalam bidang kekeluargaan.

Artikel di bawah KakTie petik dari perkongsian di laman Facebook peribadi Dr Mahyuddin Mohamed, seorang doktor pakar bedah Ortopedik di Hospital Suktan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Jika anda seorang follower tegar Facebook beliau pasti anda pernah mengikuti penulisan Dr Mahyuddin ini. 😉

KakTie follower Dr Mahyuddin. Suka baca penulisan (copywriting) dan perkongsian Dr Mahyuddin.

Read More

Bymyadmin

Masalah Cyst, Endometriosis, Fibroid Di Kalangan Wanita

Antara penyakit yang selalu ditemui di kalangan wanita ialah masalah cyst, endometriosis, fibroid. Kesemua masalah ini sangat dipengaruhi oleh masalah hormon wanita. Walaubagaimanapun masih ramai yang keliru tentang perbezaan di antara ketiga-tiga masalah tersebut.

Masalah Cyst, Endometriosis, Fibroid Di Kalangan Wanita

  • Ovarian Cyst

Semua wanita yang sihat dan subur akan mengeluarkan folikel ovari pada setiap bulan yang mengandungi telur (ovum). Ia akan pecah bila bersaiz sekitar 20mm ataupun 2cm diameter untuk mengeluarkan ovum tersebut semasa proses ovulasi. Ovarian cyst ialah folikel ovari mengandungi cecair yang membesar melebihi 20mm @ 2cm diameter dan tidak pecah, hingga adakalanya menyebabkan ketakselesaan, kesakitan ataupun masalah lain. Read More

Bymyadmin

“Top 10 Best Seller” Produk Shaklee Di Malaysia

Teruja nak kongsi senarai Top 10 Best Seller produk Shaklee atau bahasa mudahnya produk paling laris terjual di Malaysia dengan anda semua.

Cantik kan gambar ni ? Anda boleh lihat sendiri di Shaklee HQ yang baru di Sunway Geo Tower. 😉

Sekarang ni sana sini orang bercerita tentang carta kedudukan undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) aje kan. Kalau buka instagram tu penuhhh cerita carta retisss. Hehee…

Apa kata kali ni mari kita lihat kedudukan carta produk Shaklee paling laris di Malaysia pula. Cuba tengok vitamin favourite anda berada di carta nombor berapa agak-agaknya. 😉

Read More

Bymyadmin

Shahrol Shiro Kena Bedah Akibat Jangkitan Sinus (Resdung)

Jangkitan sinus juga disebut sebagai resdung. Bahaya resdung ni kan ? Kadang-kadang kita tak perasan gejala yang kita alami itu merupakan tanda-tanda penyakit resdung.

Seperti yang dialami oleh pelawak popular, Shahrol Shiro 2 tahun lepas. Beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan sinus di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus. (Baca tanda-tanda penyakit resdung di sini)

Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan menghidap penyakit berkenaan serta perlu menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena.

“Berikutan tidak cukup rehat, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat.

“Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu. Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Shahrol yang juga penyampai radio Era FM memuat naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi ini memaklumkan terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan.

(Artikel disiarkan di MyMetro pada Selasa, 6 Oktober 2015)

Jemput baca tanda-tanda penyakit resdung di sini. Penaykit resdung yang kronik boleh membawa maut. Jom kita sama-sama cegah sebelum parah. InsyaAllah.

Bymyadmin

11 Tanda-tanda Penyakit Resdung


Dianggarkan 50-60% rakyat Malaysia menghidapi penyakit resdung. Malah mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 25% penduduk Malaysia menghidapi penyakit resdung yang kronik. Ada di antara kita yang tidak perasan mereka menghidap resdung kerana tidak sedar tanda-tanda penyakit resdung yang terjadi pada diri sendiri.

Tahukah anda bahawa penyakit resdung kronik boleh membawa maut. Marilah kita bersama-sama mencegah sebelum ia menjadi parah.

Apakah Itu Sinus ?

Di dalam tengkorak manusia di bahagian muka, terdapat rongga berisi udara yang dilapisi oleh membran. Rongga ini dipanggil Sinus. Membran yang menyelaputi rongga sinus berperanan mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Ingat tau Sinus tu rongga udara di tengkorak muka kita. Jadi resdung tu apa pula ye ? Ramai yang confuse antara Sinus dan Resdung kan ?

Apakah Itu Resdung ?

Radang sinus (sinusitis) adalah keadaan dimana terjadinya lebihan mukus dalam rongga sinus yang menyebabkan jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus inilah dinamakan Resdung. Jika keadaan semakin teruk, anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat jangkitan sinus seperti yang dialami oleh Shahrol Shiro. (baca sini)

Lepas ni jangan ingat Sinus tu Resdung tau. Semua orang ada sinus. Bezanya tak semua orang ada resdung. 😉

Radang sinus (Resdung) boleh terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu radang sinus akut dan radang sinus kronik.

Radang sinus boleh disebabkan oleh :

  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Tanda-tanda Penyakit Resdung

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini terhadap penduduk Malaysia seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

Antara tanda-tanda anda mungkin telah menghidapi penyakit resdung adalah :

#1. Hidung Berair & Tersumbat

Sering alami masalah hidung berair dan tersumbat. Ibarat anda dan sapu tangan tidak dapat dipisahkan lagi. Hidung sok sek sok sek tak sembuh-sembuh.

#2. Kerap Bersin Di Waktu Pagi

Mereka yang ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi. Atau waktu yang sejuk. Bersin diikuti hidung sok sek sok sek.

#3. Gatal Mata

Sering merasa gatal di sekitar bahagian mata. Tangan asyik nak menggosok mata aje. Boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan.

#4. Nafas & Mulut Berbau

Nafas dan mulut penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau.

#5. Tidur Berdengkur

Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat. Ya, anda akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung.

#6. Hilang Deria Bau

Apabila resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik.

#7. Selsema Berpanjangan

Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah nak cabut aje hidung tinggal kat rumah. Siksa kan waktu bekerja asyik sok sek sok sek.

#8. Naik Jerawat

Jerawat naik agak teruk di muka atau di bahagian badan.

#9. Sakit Kepala

Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain.

#10. Bertindakbalas Dengan Makanan Terperap (belacan, budu, cencalok etc) Dan Makanan Laut

Merasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya.

#11. Batuk yang teruk di waktu malam

Ada kalanya boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Hidung ter-block sendiri.

Cadangan Rawatan Resdung

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit resdung di atas, sila dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin)
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Anda boleh lakukan langkah di bawah untuk mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing
  • Kurangkan penggunaan karpet di rumah yang boleh merangkap habuk dan debu
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

Selain dari itu, anda boleh amalkan pengambilan suplemen untuk bantu mengurangkan gejala radang sinus. Nutrisi yang dicadangkan dalam Set Resdung Shaklee untuk anda penghidap resdung adalah :

  1. Vitamin C – merupakan antihistamin yang berkesan mengurangkan resdung
  2. Garlic – merupakan antibiotik semulajadi dari sumber bawang putih bertindak untuk melawan jangkitan bakteria
  3. Alfalfa – membantu mengurangkan keradangan atau bengkak di dalam hidung
  4. Vivix – minuman botanik kaya dengan resveratrol, anti radang yang berupaya menghalang rembesan pesakit resdung

Kesihatan itu LEBIH MAHAL harganya dari wang ringgit !


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk daftar keahlian “Nak Beli Set Resdung Shaklee“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Bymyadmin

7 Langkah Mudah Beli Vitamin Shaklee Secara Online Dengan eSell

Berita baik buat semua pengguna tegar produk Shaklee, anda kini boleh beli vitamin Shaklee secara online melalui aplikasi eSell. Cepat, mudah dan mesra pengguna.

Dengan aplikasi eSell ini, anda boleh terus membuat pembelian produk Shaklee pilihan anda secara terus melalui laman web Shaklee. Anda tak perlu lagi bersusah payah menghubungi mana-mana pengedar Shaklee untuk membeli produk Shaklee.

Anda order, anda bayar. Hanya klik, klik, klik dan tunggu sahaja produk Shaklee yang dipesan di hantar ke depan pintu rumah anda. Semua pembayaran menggunakan Kad Debit atau Kad Kredit. Lebih cepat dan meyakinkan bukan ? 😉

 

7 Langkah Beli Vitamin Shaklee Secara Online Dengan eSell

Caranya mudah saja. Anda hanya perlu ikut 7 langkah mudah beli vitamin Shaklee dengan eSell yang kami kongsikan di bawah ini.

(1) Klik salah satu dari link di bawah, mengikut kategori produk pilihan.

(2) Anda akan di bawa ke laman eSell “Online Ordering Agreement” seperti di bawah ini. Kos penghantaran kadar rata ialah RM10.60 untuk Semenanjung, dan RM21.20 untuk Sabah dan Sarawak.

Penghantaran PERCUMA untuk pembelian melebihi RM800 (WM), atau RM1,000 (EM). Tiada caj penghantaran dikenakan untuk pembelian yang mengandungi Vivix.

7 Langkah Mudah Beli Vitamin Shaklee Secara Online (2 of 7)

Pilih “Agree”, dan seterusnya klik “Next”.

(3) Lihat senarai produk di dalam eSell. Pilih produk Shaklee yang ingin di beli, dan pastikan kuantiti yang betul. Sila uncheck produk yang tidak berkaitan.

Sekiranya stok di warehouse out of stock, sistem akan paparkan seperti di bawah.

Selesai pilih produk dengan kuantiti yang betul, sila klik butang “Checkout”.

(4) Di laman “Guest User”, sila isi maklumat diri dan alamat penghantaran yang betul.

Pastikan semua maklumat diri dan penghantaran adalah tepat. Klik “Continue”.

(5) Di laman “Please Confirm Your Order”, periksa semula produk Shaklee dan kuantiti yang ingin dibeli, serta Shipping Details adalah tepat.

Selepas berpuas hati dengan semua maklumat, klik butang “Proceed for Payment”.

(6) Di laman “Your Payment Method”, isi maklumat Kad Debit ataupun Kad Kredit yang diperlukan.

Pastikan maklumat diisi dengan betul. Klik “Confirm Payment”.

(7) Selepas pembayaran berjaya, resit pembelian akan tertera di skrin anda. Boleh klik “Print Order” jika anda nak print out, dan simpan salinan resit order ini.

Kemudian, tunggu sahaja produk Shaklee yang dipesan dihantar ke hadapan pintu rumah anda.

Beli Vitamin Shaklee Secara Online Semudah ABC

Kini anda tak perlu lagi WhatsApp mana-mana pengedar Shaklee untuk bertanya ada ready-stock ataupun tidak. Melalui eSell, anda boleh mengetahui status produk on-the-spot juga. Produk yang tidak ada akan tertera “Out Of Stock“.

Belian vitamin Shaklee melalui eSell ini amat sesuai bagi anda yang suka online shopping. Begitu juga buat anda yang ingin buat pembayaran menggunakan kad kredit atau debit card anda sendiri.

Klik, klik, klik dan tunggu sahajalah produk Shaklee kegemaran sampai di depan pintu anda.

Istimewa buat semua pembeli vitamin Shaklee melalui eSell dari laman YatiNapi.Com ini, anda berhak mendapatkan jadual pemakanan eksklusif daripada kami. Jadi, setelah produk Shaklee sampai ke tangan anda, sila WhatsApp kami di 019-7200429. Terima kasih.. 😀

Pengedar Shaklee Terbaik Anda,
KakTie | WhatsApp 019-7200429

Bymyadmin

PWP May 2017 Ferrano Express Blender Shaklee

Siri Promo Purchase With Purchase (PWP) Sepanjang May 2017

Assalamualaikum dan selamat petang semua. KakTie dengan rasa gembira nak share dengan anda semua beberapa siri Promo PWP Shaklee sepanjang bulan May 2017. Untuk permulaan ni KakTie nak share tentang Ferrano Express Blender Shaklee. Sangat sesuai untuk anda yang suka bersmoothie, shake-shake protein, terutamanya adik akak abang yang sedang dalam proses diet dan ingin menurunkan berat badan ideal yang sihat.

Hari ini KakTie nak share tentang PWP Blender Shaklee dulu ye.

PWP Bahagian 1 – Ferrano Express Blender Shaklee

Blender dari jenama Ferrano berwarna merah ini juga merupakan multipurpose blender. Anda boleh gunakan blender shaklee ini untuk buat minuman berais (ice blended), sup, puree baby, sos, jus buah-buahan dan lain-lain. Kalau bagi blender ini pada pengguna Shaklee sudah tentu mereka akan prefer untuk buat smoothie, protein shakes. Boleh blend buah-buahan dicampur dengan ESP, Cinch Shakes Shaklee, Meal Shakes untuk anak-anak. Menu sihat untuk seisi keluarga.

Mak-mak Shaklee pasti suka kan. Lebih-lebih lagi bulan puasa nanti boleh sediakan menu bersahur pantas, ringkas tapi penuh khasiat. 😉

Keistimewaan Set Ferrano Express Blender Shaklee

  1. Multipurpose blender. Boleh digunakan untuk blend apa sahaja termasuk ais.
  2. Blend dan boleh terus diminum menggunakan botol yang sama.
  3. Ada 2 botol dalam setiap set.
  4. BPA Free yang selamat.
  5. Setiap botol ada sarung penebat haba berzip yang smart.
  6. Carrying ring untuk mudahkan anda bawa botol ke mana-mana bersama.

Bagaimana Nak Beli Ferrano Express Blender Shaklee Ini ?

Dengan setiap pembelian mana-mana produk Shaklee bernilai 250 uv dalam satu resit, anda layak untuk membeli Ferrano Blender Shaklee dengan separuh harga sahaja iaitu RM149.99.

Malah dengan pembelian 250uv tersebut, secara automatiknya anda layak dapat :

  • Keahlian Shaklee secara PERCUMA !!! Anda jimat yuran ahli RM68.90.
  • Kos penghantaran PERCUMA !! Anda jimat lagi RM10.60 untuk Semenanjung Malaysia dan RM21.20 untuk Sabah dan Sarawak.
  • Shopping dengan HARGA AHLI yang murah.

Anda boleh whatsApp KakTie untuk maklumat lanjut tentang 250uv tu tau. Offer ini akan berlangsung sehingga 31 May 2017 sahaja. Jom kumpul order family dan kawan satu opis. Anda layak dapat kesemua di atas tadi. Best kan ?

Kesihatan itu LEBIH MAHAL harganya dari wang ringgit !


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk daftar keahlian “Nak Beli Ferrano Express Blender Shaklee“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Bymyadmin

Pengedar Shaklee Aktif Di Telipok Ria Dan Tuaran Sabah

Salam hujung minggu semua. Malam ni KakTie nak share dengan awak semua salah seorang team mate KakTie dalam team KamiDutaShaklee. Puan Catherinesiena Ginting atau lebih mesra disapa dengan nama Kate. Kate berasal dari negeri Sabah dan menetap di Telipok Ria, Sabah. Power kan bisnes online ni. KakTie di Johor semenanjung Malaysia, Kate pula berada di kepulauan Borneo di seberang laut cina selatan sana. Jarak beribu batu jauh tak jadi penghalang untuk kami bersatu di dalam satu pasukan Shaklee. Kate menjadi wakil Shaklee Telipok Ria dan Shaklee Sabah untuk team KakTie.

Peribadi Kate Di Mata KakTie

Kate di mata KakTie salah seorang yang sangat rajin belajar, rajin update blog dan facebook setiap hari. Pendek kata Kate bukan seorang yang suka menunggu untuk disuap. Sangat berdikari dan sangat kuat berusaha. Tidak pernah beri alasan TIDAK. Kate merupakan seorang surirumah sepenuh masa dengan 2 anak kecil (Ellie dan Eden). Namun itu tidak menghalang Kate untuk berkongsi tentang Shaklee dengan lebih ramai orang secara online setiap hari.

KakTie doakan Kate berjaya jadi Leader Shaklee bulan May 2017 ini. InsyaAllah amin. Kawan-kawan doakan Kate juga ye. 😉

Kate bersama 2 baby Shakleenya, Ellie dan Eden.

Bagaimana Kate bermula dengan Shaklee ?

Macam mana saya boleh terjebak dengan shaklee. Saya start kenal shaklee pada tahun 2012 di facebook. Cari-cari sebab untuk skincare, weightgain sama rambut gugur. Masa tu saya cuba ESP, B-Complex dan Zinc. Sebelum ni tak pernah cuba suplemen sebab takut kesan sampingan yang tak bagus. Suplemen shaklee adalah suplemen pertama yang saya makan. Pasal efek dari 3 vitamin yang saya ambil ni, muka ada perubahan sikit, ada cerah sikit dan kurang berminyak. Tapi tak ketara sebab tak konsisten makan. Then join shaklee pada 2013.

Dari ikthiar hamil (TTC), bantu ovarian cyst, masa mengandung, berpantang dan sampai lah sekarang menyusu, saya cuma amalkan shaklee dan syukur hasil memang memuaskan. Asal ada sakit sikit mesti cari vitamin shaklee. Ubat lain tak ambil dah. Masa mengandung anak kedua pun saya ambil set mengandung lengkap dan tak makan ubat klinik bagi.

Masa pantang anak pertama pun saya ambil set berpantang full. Syukur luka pembedahan cepat baik. (Anak pertama operate 4/15, Anak kedua bersalin normal 1/17)

Dan paling best join shaklee dapat bonus setiap bulan. Berbaloi masuk member. Dapat diskaun dan bonus!!

Antara set Shaklee yang Kate pernah dan sedang amalkan sehingga sekarang adalah :

  • set naikkan berat badan
  • vitamin untuk atasi masalah rambut gugur
  • set kesuburan
  • vitamin untuk masalah ovarian cyst
    (Cyst Kate tak jadi dibedah selepas amalkan Shaklee. Nanti KakTie akan kongsikan dalam entry lain ok)
  • set mengandung
  • set berpantang
  • set menyusu

Dan yang paling menariknya hasil jualan untung runcit dan bonus Shaklee setiap bulan, Kate dapat belikan Vivix Shaklee, suplemen antioksidan paling ohsem dan paling mahal buat ibu ayah di kampung. Subhanallah ! Seronok kan. Dengan berbisnes dapat bantu Kate supply vitamin untuk kesihatan ibu dan ayahnya setiap bulan.

Cara Hubungi Kate Ginting

Anda boleh hubungi Kate untuk dapatkan produk Shaklee (ready stock sentiasa ada) atau daftar keahlian Shaklee.

KATE GINTING
Founder DePhoenix Team
FB : Kate Ginting
Blog : www.kateginting.com
HP : 016-842 5632

Shaklee Telipok Ria, Tuaran, Pekan Nabalu, Kota Kinabalu, Sabah

Bymyadmin

HQ Shaklee Berpindah ke Sunway Geo Tower

HQ Shaklee Di Sunway Geo Tower Mula Beroperasi Hari Ini

Seawal pukul 10 pagi rakan Shaklee KakTie dah pergi “mencemar duli” ke HQ Shaklee yang baru. Hari ini secara rasminya HQ Shaklee mula beroperasi di tempat baru yang lebih strategik, lebih luas dan lebih gempak ! Sebelum ini HQ Shaklee berada di tingkat atas dalam bangunan The Pinnacle Sunway.

Bos Shaklee kata dulu semasa HQ dalam bangunan The Pinncale, pejabat di kayangan sebab nak shopping kena naik lift ke atas. Agak sukar juga bila mana terpaksa bawak barang yang banyak naik turun lift nak ke tempat parking kan. Maklumlah pengedar Shaklee ni memang sakan tau shopping vitamin kat HQ. Orang lain seronok shopping beg, baju….tapi kami excited shopping vitamin ! haahaa…

Konsep baru PICK & PAY 

Ok, HQ Shaklee yang baru ini berkonsepkan PICK & PAY macam dalam shopping complex. Satu-satunya premis Shaklee dalam Malaysia yang guna konsep begini taw. Best juga kalau semua branch Shaklee pun buat konsep macam ni juga kan. Seronok nak shopping.

Mari KakTie belanja gambar dalam ruangan shopping HQ Shaklee yang baru.

Set Detox Shaklee dalam beg hijau (kiri) dan Set Essential dalam beg coklat (kanan)

Water Pitcher Shaklee iaitu Penapis air tanpa elektrik (kiri) dan Cinch Shake protein untuk kurus (kanan)

Deretan vitamin pujaan ramai termasuk Vivix dan botol Shaker biru yang meletopsss. Dari jauh menawan kalbu warna biru tu kan.

Yaaaaa….KakTie yakin kat ruangan ini pasti ramaiiii kaum hawa akan spend masa lama nak membelek skincare Shaklee yang superb tu. Ada skincare Enfuselle, Nutriwhite. Ada set penjagaan rambut Prosante.

Semua best ! Silap gaya masuk semua dalam bakul. Heheheh…

Ambil bakul, pilih produk yang berkenan kemudian terus ke kaunter untuk buat pembayaran.

Alamat HQ Shaklee yang baru di Sunway Geo Tower

Shaklee HQ
Level 2, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan,
Sunway South Quay, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor.

Lokasi Sunway Geo Tower berdekatan dengan Pusat Perubatan Sunway, terletak betul-betul di simpang empat.

Seriously KakTie teruja sangat bila Shaklee buat konsep macam ni. Jadi kita tak perlu lagi menunggu lama, tunggu sampai nombor giliran dipanggil. Tambah teruja sebab dapat lihat depan mata kan produk Shaklee yang ada. Boleh pegang, boleh belek-belek. Pasti cair dibuatnya !

Nasihat KakTie, sila pastikan anda mempunyai wang secukupnya dalam bank tau. KakTie yakin anda tak akan keluar dengan tangan kosong punya. 😉

Daftar Ahli Shaklee sebelum ke HQ Shaklee

Oh ya ! Sebelum KakTie terlupa. Sebelum anda berniat nak shopping di HQ Shaklee yang baru ini, ada baiknya anda mendaftar sebagai ahli Shaklee yang sah dahulu. Kerana pembelian di kaunter memerlukan nombor ID ahli Shaklee.

Jika anda belum mendaftar, anda boleh hubungi KakTie untuk uruskan pendaftaran secara online. Selepas KakTie daftarkan, anda akan dapat nombor ID Shaklee anda. Jadi nanti apabila anda nak shopping anda hanya perlu aktifkan keahlian anda di kaunter semasa pembayaran. Anda akan dapat New Member Starter Kit on the spot. Mudah saja bukan ?

SELAMAT MEMBELI BELAH !

Kesihatan itu LEBIH MAHAL harganya dari wang ringgit !


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk daftar keahlian “Daftar Ahli Shaklee Online“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.