Monthly Archive January 2017

Bymyadmin

Ibu Risau Silau Mata Adik Yaya Makin Naik

Hai semua. KakTie nak share hal semalam. Lepas suami usai solat Jumaat, KakTie singgah Mutiara Rini di Skudai untuk hantarkan Carotomax yang biasanya kami panggil sebagai vitamin mata untuk adik Yaya. Umur Yaya baru 10 tahun.

Kata ibu adik Yaya, bacaan silau mata Yaya dah makin naik dek kerana banyak sangat tengok gadget. Sekarang ni ibu Yaya dah stop semua gadget sebab taknak mata Yaya makin teruk. Katanya lagi, dalam kelas Yaya kurang nampak apa yang cikgu tulis di papan putih lebih-lebih lagi apabila ada cahaya terang. Kat rumah pun Yaya terpaksa mengecilkan mata setiap kali menonton televisyen kerana silau.

AJAR ANAK SAYANG MATA SENDIRI

Samalah dengan dua beradik kat rumah ni. KakTie dah lama stopkan gadget. Kalau tak… asyik nak mengadappppp gadget tu je. Kesiankan mata anak-anak kita. Lama lagi nak pakai kan. 😣

Kalau mata rabun, kesian anak tak nampak jelas apa cikgu tulis kat dalam kelas. Sedikit sebanyak mengganggu pembelajaran anak-anak kan. Biarlah anak merajuk sekejap je tak dapat main tu. Dalam masa sama KakTie terangkan kenapa tak boleh main. Kenapa kena sayang mata.

Kena bersyukur Allah dah bagi kita mata yang sihat dapat melihat. Jadi kenaaaa jaga baik-baik. Lagipun mata kita ni tak jual kat kedai. Kalau rosak, takde ganti nanti. Alhamdulillah anak-anak faham. ❤

PURCHASE WITH PURCHASE (PWP) OFFER !!

Oh ya ! KakTie nak bagitau ni. Bulan Januari 2017 ni Shaklee ada offer taw. Dengan setiap pembelian mana-mana produk Shaklee 150 point atau lebih kurang RM450-500 dalam SATU resit, awak semua layak untuk :-

(1) Beli 1 botol Carotomax AUTOMATIK dapat sebotol Carotomax secara PERCUMA !!!
Bayar 1 botol dapat 2 botol gituuuu.

(2) Beli 1 multistack @ mangkuk tingkat super comel Shaklee dengan harga RM13.78 sahaja !

KakTie
Berkongsi untuk sihat bersama-sama. ❤
019-7200429

Bymyadmin

Bagaimana Nak Rasa Ikhlas Buat Dhuha ?

Pernah ada satu soalan maut dari seorang sahabat. Dia cakap, dia buat Dhuha tapi rasa tak IKHLAS. Sebab dia buat dhuha sebab nak kaya, nak sales jalan. Nak rezeki banyak. Lama dah dia simpan, tapi tak tahu nak tanya sapa. Lalu dia tanya saya.

Sahabat tu kata. Dia buat dhuha, kadang bila dia buat dhuha, tapi takde sales, lagilah dia tak ikhlas. Ermmm, saya pun bukan ustazah. Tapi saya cuba menjawab untuk menukar persepsi dia. Bukan saya juga boleh buat dia ikhlas. Saya pun masih berlobang sini sana. Keihlasan saya pun masih belum tentu solid. Entah-entah 5% pun penat nak sampai.

Saya jawab.

Laila (bukan nama sebenar),

Awak rasa tak ikhlas sebab awak rasa dhuha tools untuk awak minta lebih dengan Allah. Buat sebab nak dapat ganjaran. Sebenarnya, nilai kehambaan dalam diri awak tinggi, awak nak buat dengan rasa kehambaan.

Jadikan dhuha surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih dari awak untuk Pencipta. Awak bangun pagi, jantung awak berdengup sihat, tiada sesak dada – ada orang bangun, mesin oksigen di tepi, jantung dah tak boleh operasi sendiri. Syukurlah.

Ada orang bangun, sudah tidak dapat melihat. Meraba-raba dalam kegelapan dunia. Awak boleh melihat orang yang awak sayang, boleh melihat senyuman si anak.

Awak bangun dalam kekalutan, masih sempat sediakan sarapan walaupun roti dan telur untuk anak-anak, menghantar mereka kesekolah. Ada orang anakknya makan rumput, mencari makanan di tong sampah. Tak mampu nak hantar anak kesekolah. Anak kecil terpaksa bekerja membantu keluarga.

Saya sambung lagi….

Laila (bukan nama sebenar),

Terlalu banyak nak di syukurkan. tak perlu saya beritahu satu persatu. Mulai esok, tukar persepsi. Jadikah dhuha sebagai surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih awak pada Allah.
Nikmat buka hanya wang ringgit. Nikmat bukan hanya pada harta.

Allah janji : “Barangsiapa bersyukur pasti Allah tambah nikmat. Disitulah kunci Dhuha menjadi Kaya.”

Ayuh! Ber-dhuha lah dengan mengharap yang lebih besar – Rahmat Allah akhirat nanti.

 

Rasulullah bersabda:

“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT.”
(Hadith Riwayat Tabrani)

Ayuh! Ber-dhuha lah dengan mengharap keampunan Allah.

 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang bersolat sunat Dhuha secara rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(Hadith riwayat At-Tarmizi)

Namun tak salah Dhuha untuk meminta rezeki. Itu anjuran Nabi. Allah lah sebaik baik tempat meminta – Dia Maha Kaya, Maha Pengasih Dan Maha Pemberi Rezeki.

Saya harap ianya membantu menukar persepsi. Terlalu banyak keluhan berbanding kesyukuran. Ruginya siapa tak solat Dhuha 🙁

Saya izinkan KLIK SHARE untuk kebaikan bersama.

*Credit : FB Laila Mukhtar

Bymyadmin

Resepi Nasi Lemak Viral 37K Share

Pagi tadi KakTie ternampak beberapa kawan facebook share resepi nasi lemak viral ni. Terkejut tau tengok post resepi tu yang bertarikh 29 Januari 2016 dah mencapai 37K share. Jadi KakTie laju-laju “simpan” resepi kat sini. Senang nak rujuk nanti kan.

Nampak tak ada 37K shares tu !!!

*Credit : FB Noorastella Muhamma

Saya ingin berkongsi tutorial step by step NASI LEMAK BERSERTA SAMBAL. Resepi ini saya sediakan setiap hari bagi menghasilkan 200 bungkus NASI LEMAK. Post tutorial yang agak panjang ini saya tujukan khas kepada kawan-kawan group MAHN yang ingin berniaga NASI LEMAK kerana tutorial nasi lemak ini saya sediakan dalam kuantiti yang banyak. Semoga bermanfaat buat kawan-kawan. Berniagalah dengan penuh keyakinan. Mudahan kita semua di murahkan rezeki yang halal. Amin.

Kita mulakan dengan cili kering. Bagi 200 bungkus nasi lemak, saya gunakan 2 mangkuk cili kering yang halus dan 6 mangkuk cili kering yang besar. Saya gunakan 2 jenis cili kering agar sambal yang terhasil seimbang rasa pedasnya kerana cili kering yang halus/kerinting lebih pedas dari cili kering besar.

Gunting cili kering halus-halus. Bertujuan cili cepat lembut ketika di rebus.

Rebus cili kering dalam kuali. Tambahkan satu senduk minyak masak bertujuan supaya cili kering cepat lembut dan masak.

Rebus cili kering sampai kembang. Sentiasa kacau untuk pastikan cili kering masak dgn seimbang.

Bila sudah cukup kembang, tapis cili kering dan cuci bersih. Di dalam jeraian tapisan, biarkan air paip mengalir sambil gaul cili kering menggunakan senduk. Ini bagi mengelakkan jari pijar.

Blend cili kering sampai betul-betul hancur dan halus. Mengikut kuantiti 8 mangkuk cili kering yang saya gunakan, proses blender saya sebanyak 5 kali. Simpan dalam besen dan ketepikan.

Kemudian, sediakan bahan-bahan untuk menumis sambal. Saya gunakan :

  • Bawang besar 8 biji
  • Bawang putih 3 labu
  • Serai 6 batang
  • Kunyit hidup sebesar jari kelingking
  • Halia sebesar ibu jari
  • Belacan 1 1/2 inci di bakar
  • Serbuk cili 6 sudu makan

Potong halus semua bahan-bahan tumis supaya memudahkan proses blend.

Untuk blend bahan-bahan tumis, saya tidak menggunakan air sebaliknya menggantikannya dengan minyak masak. Ini bertujuan agar bahan tumis cepat garing.

Masukkan sekali serbuk cili. Kemudian blend sampai halus.

Sekarang kita boleh mulakan proses menumis sambal nasi lemak. Saya gunakan minyak bekas goreng ikan bilis untuk menumis. Inilah rahsia sambal yang sedap dan wangi. Pastikan minyak banyak supaya cili masak sempurna dan sambal tahan lama.

Masukkan bahan tumis yang di blend halus. Masukkan beberapa helai daun pandan yg di simpul. Ini akan menghasilkan aroma sambal yang maveles!

Tumis sampai garing dan terbit minyak/pecah minyak.

Kemudian masukkan cili kering yg sudah di blend awal tadi. Ambil setengah bungkus asam jawa dan ramas dlm semangkuk air. Masukkan air asam jawa yang di tapis. Kemudian masukkan gula, garam dan aji. Sambal yang terhasil adalah sambal yang manis-manis pedas. Bagi saya, itulah definisi sambal yg terbaik.

Masak sambal sampai terbit minyak. Kepekatan sambal mengikut citarasa masing-masing. Jika terlalu pekat, tambah air sehingga mencapai kepekatan sambal yang sesuai. Sambal yang sedap adalah sambal yang di masak dengan waktu lama. Kebiasaan saya, sambal ini saya sediakan pada waktu mlm. Jadi sebelah subuh sambal hanya perlu di panaskan dan fokus pada nasi pula.

Inilah sambal yang telah siap. Merah kegelapan dan berkilat. Sambal ini cantik warnanya hasil dari penggunaan kunyit hidup, serbuk cili, gula dan proses masak yg lama, 3-4 jam.

Sekarang beralih pada penyediaan nasi pula. Kualiti gambar sedikit gelap kerana nasi ini saya sediakan pada waktu subuh. 🙂 Saya gunakan 10 mangkuk beras untuk sekali masak. 10 mangkuk beras ini dapat menghasilkan 100 bungkus nasi lemak mengikut sukatan saya. Setiap hari saya akan masak 20 mangkuk beras. Bermakna, saya masak sekaligus menggunakan 2 kuali dan 2 periuk kukusan. Harap kawan2 jelas bahagian ini. 🙂

Cuci beras berkali-kali sampai betul bersih. Petua agar nasi lemak tahan lama sampai ke malam adalah sewaktu cuci beras pastikan cuci sampai air beras jernih. Buangkan air cucian beras yang bewarna putih kerana itu adalah kandungan kanji yang selalu melembabkan nasi.

Untuk nasi, saya gunakan:

  • Halia sebesar ibu jari
  • Serai 4 batang
  • Beberapa helai daun pandan yang di simpul

Tuang beras dan bahan-bahan lain dalam kuali besar. Masukkan air 2 inci dari permukaan beras.

Untuk 10 mangkuk beras ini, saya gunakan 1 liter santan kara. Santan ini memang best sebab ianya pati santan yang sangat pekat.

Masukkan 2 senduk minyak masak. Bertujuan supaya nasi lembut, berkilat dan berderai sebiji-biji. Kemudian masukkan garam dan gula.

Masak sehingga air kering. Sentiasa kacau nasi supaya tidak hangit. Selalunya proses ini memakan masa 20 minit. Ketika ini, nasi hanya masak 40% sahaja. 60% lagi akan masak di dalam periuk kukusan.

Sementara menunggu nasi kering di dalam kuali, panaskan periuk kukusan. Saya suka taburkan beberapa helai daun pandan di bawah permukaan periuk untuk aroma nasi yang wangi.

Bila nasi sudah kering, gunakan pinggan untuk transfer ke dalam periuk kukusan yang sudah di panaskan.

Transfer nasi dari kuali sampai habis.

Inilah nasi lemak yg telah masak. Selalunya masa mengukus adalah 40 minit.

Ini sedikit contoh hasil jualan harian saya. 🙂

Lagi sedikit petua dari saya :

(1) Timun yang di gunakan untuk nasi lemak.
Selepas potong, masukkan ke dalam peti sejuk. Ini bertujuan mengelakkan timun dari berair yang akan merosakkan nasi. Keluarkan timun apabila tiba waktu untuk menggunakannya.

(2) Kacang goreng.
Jemur kacang di bawah matahari. Ini kerana kacang yang terbungkus dalam plastik akan berbau hapak dan agak lembab. Bila kacang di jemur sblm goreng, kacang yang terhasil sangat rangup.

(3) Ikan bilis.
Ketika ingin menggoreng ikan bilis, masukkan beberapa hirisan bawang putih. Petua ini berguna untnk mengetahui samada ikan bilis cukup masak atau belum. Bila hirisan bawang putih sudah garing, maknanya ikan bilis pun sudah cukup masak.

(4) Telur rebus.
Selepas siap merebus telur, ketika sudah matikan api, masukkan beberapa sudu cuka masakan dan tutup sekejap periuk. Ini bagi memudahkan proses pengupasan telur.

Tutorial by : Noorastella Muhamma
Date : 29 Januari 2016.

Selamat Mencuba !!!!