Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

11 Tanda-tanda Penyakit Resdung


Dianggarkan 50-60% rakyat Malaysia menghidapi penyakit resdung. Malah mengikut kajian statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 25% penduduk Malaysia menghidapi penyakit resdung yang kronik. Ada di antara kita yang tidak perasan mereka menghidap resdung kerana tidak sedar tanda-tanda penyakit resdung yang terjadi pada diri sendiri.

Tahukah anda bahawa penyakit resdung kronik boleh membawa maut. Marilah kita bersama-sama mencegah sebelum ia menjadi parah.

Apakah Itu Sinus ?

Di dalam tengkorak manusia di bahagian muka, terdapat rongga berisi udara yang dilapisi oleh membran. Rongga ini dipanggil Sinus. Membran yang menyelaputi rongga sinus berperanan mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

Ingat tau Sinus tu rongga udara di tengkorak muka kita. Jadi resdung tu apa pula ye ? Ramai yang confuse antara Sinus dan Resdung kan ?

Apakah Itu Resdung ?

Radang sinus (sinusitis) adalah keadaan dimana terjadinya lebihan mukus dalam rongga sinus yang menyebabkan jangkitan atau radang pada lapisan membran pada rongga sinus. Radang sinus inilah dinamakan Resdung. Jika keadaan semakin teruk, anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat jangkitan sinus seperti yang dialami oleh Shahrol Shiro. (baca sini)

Lepas ni jangan ingat Sinus tu Resdung tau. Semua orang ada sinus. Bezanya tak semua orang ada resdung. 😉

Radang sinus (Resdung) boleh terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu radang sinus akut dan radang sinus kronik.

Radang sinus boleh disebabkan oleh :

  • Virus
  • Bakteria
  • Kulat
  • Alahan
  • Iritasi kimia
  • ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Tanda-tanda Penyakit Resdung

Banyak faktor yang boleh menyumbang terhadap penyakit ini terhadap penduduk Malaysia seperti faktor iklim, pemakanan, gaya hidup dan sebagainya.

Antara tanda-tanda anda mungkin telah menghidapi penyakit resdung adalah :

#1. Hidung Berair & Tersumbat

Sering alami masalah hidung berair dan tersumbat. Ibarat anda dan sapu tangan tidak dapat dipisahkan lagi. Hidung sok sek sok sek tak sembuh-sembuh.

#2. Kerap Bersin Di Waktu Pagi

Mereka yang ada masalah resdung akan kerap bersin berkali-kali dalam satu masa terutamanya di waktu pagi. Atau waktu yang sejuk. Bersin diikuti hidung sok sek sok sek.

#3. Gatal Mata

Sering merasa gatal di sekitar bahagian mata. Tangan asyik nak menggosok mata aje. Boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan.

#4. Nafas & Mulut Berbau

Nafas dan mulut penghidap penyakit resdung ini kebiasaannya sedikit berbau.

#5. Tidur Berdengkur

Tidur berdengkur biasanya dikaitkan dengan orang yang berbadan besar. Tetapi segelintir penghidap penyakit resdung akan berdengkur apabila tidur kerana saluran pernafasan pada bahagian hidung mereka tersumbat. Ya, anda akan berdengkur walaupun anda berbadan kecil kerana resdung.

#6. Hilang Deria Bau

Apabila resdung berada di tahap yang agak teruk, penghidap akan mengalami masalah dengan deria bau. Anda tidak boleh mengenalpasti sesuatu bau dengan baik.

#7. Selsema Berpanjangan

Ini salah satu tanda mudah nak kenalpasti anda menghidap resdung atau tidak. Sekiranya anda kerap terkena selsema yang panjang, hinggakan rasa seolah-olah nak cabut aje hidung tinggal kat rumah. Siksa kan waktu bekerja asyik sok sek sok sek.

#8. Naik Jerawat

Jerawat naik agak teruk di muka atau di bahagian badan.

#9. Sakit Kepala

Anda juga akan mengalami sakit kepala yang berpanjangan. Ada kalanya ramai yang ingatkan mereka mengalami migrain.

#10. Bertindakbalas Dengan Makanan Terperap (belacan, budu, cencalok etc) Dan Makanan Laut

Merasa gatal-gatal di bahagian muka selepas makan belacan, makanan laut seperti udang dan yang seangkatan dengannya.

#11. Batuk yang teruk di waktu malam

Ada kalanya boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Hidung ter-block sendiri.

Cadangan Rawatan Resdung

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit resdung di atas, sila dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :

  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin)
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria

Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:

  • Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
  • Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
  • Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Anda boleh lakukan langkah di bawah untuk mencegah terjadinya radang sinus:

  • Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing
  • Kurangkan penggunaan karpet di rumah yang boleh merangkap habuk dan debu
  • Pastikan kelembapan di rumah baik
  • Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
  • Berhenti merokok
  • Hindari alkohol
  • Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

Selain dari itu, anda boleh amalkan pengambilan suplemen untuk bantu mengurangkan gejala radang sinus. Nutrisi yang dicadangkan dalam Set Resdung Shaklee untuk anda penghidap resdung adalah :

  1. Vitamin C – merupakan antihistamin yang berkesan mengurangkan resdung
  2. Garlic – merupakan antibiotik semulajadi dari sumber bawang putih bertindak untuk melawan jangkitan bakteria
  3. Alfalfa – membantu mengurangkan keradangan atau bengkak di dalam hidung
  4. Vivix – minuman botanik kaya dengan resveratrol, anti radang yang berupaya menghalang rembesan pesakit resdung

Kesihatan itu LEBIH MAHAL harganya dari wang ringgit !


*DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Follow FB Yati Hanapi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan yang ohsem.
WhatsApp 019-7200429 untuk daftar keahlian “Nak Beli Set Resdung Shaklee“.
Daftar keahlian Shaklee sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.